Harimau Malaya di tangga 174, ulangi rekod terburuk Fifa

Harimau Malaya di tangga 174, ulangi rekod terburuk Fifa - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Harimau Malaya di tangga 174, ulangi rekod terburuk Fifa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Harimau Malaya di tangga 174, ulangi rekod terburuk Fifa
link : Harimau Malaya di tangga 174, ulangi rekod terburuk Fifa

Baca juga


Harimau Malaya di tangga 174, ulangi rekod terburuk Fifa

Malaysia sekali lagi menjunam ke tahap terburuk dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) apabila jatuh ke tangga 174. ― Foto oleh Choo Choy MayMalaysia sekali lagi menjunam ke tahap terburuk dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) apabila jatuh ke tangga 174. ― Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 23 Nov ― Malaysia sekali lagi menjunam ke tahap terburuk dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) apabila jatuh ke tangga 174 dalam ranking terbaru yang diumumkan oleh badan induk dunia itu, hari ini.

Kedudukan terburuk itu adalah mengulangi pencapaian sama yang dicatatkan oleh Harimau Malaya pada April tahun lepas.

Skuad bimbingan jurulatih kelahiran Portugal, Nelo Vingada itu jatuh empat anak tangga berbanding kedudukan ke-170 bulan lalu selepas mengalami kekalahan dua kali berturut-turut dengan keputusan 4-1 kepada Korea Utara pada kempen pusingan kelayakan Piala Asia 2019.

Susulan kekalahan itu, Malaysia tersingkir daripada pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Sebelum itu, dalam saingan Kumpulan B, Harimau Malaya turut kalah 2-1 dengan Lubnan, seri 1-1 dan kalah 2-0 dengan Hong Kong sebelum melengkapkan jadual dengan menentang Lubnan, Mac depan.

Sejak dilantik ketua jurulatih Harimau Malaya, Mei lepas, Vingada gagal meraih sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan yang dilalui oleh skuad kebangsaan itu.

Untuk rekod, kedudukan ranking terbaik pernah dicapai Malaysia ialah di kedudukan ke-75 pada tahun 1993 dan ke-89 dunia pada tahun 1994.

Menurut laman web rasmi Fifa, skuad kebangsaan turut berkongsi kedudukan di tangga ke-174 bersama Kosovo dan St Lucia serta meninggalkan Malaysia di kedudukan kelapan dalam ranking negara Asean.

Filipina muncul pasukan terbaik dalam Asean dengan kedudukan dunia di tangga ke-118 dikuti Vietnam (125), Thailand (132), Myanmar (150), Indonesia (154), Singapura dan Kemboja (170), Malaysia (174), Laos (184), Brunei (190) dan Timor Leste di tangga ke-196.

Sementara itu, Iran kekal pasukan terbaik Asia dengan menduduki ranking ke-32 dunia, naik dua anak tangga, diikuti Australia (39), Jepun (55) dan Korea Selatan (59).

Jerman mengungguli kedudukan terbaik dunia diikuti Brazil, Portugal, Argentina, Belgium, Sepanyol, Poland, Switzerland, Perancis dan Chile. ― Bernama



Sumber Harimau Malaya di tangga 174, ulangi rekod terburuk Fifa


Demikianlah Artikel Harimau Malaya di tangga 174, ulangi rekod terburuk Fifa

Sekianlah artikel Harimau Malaya di tangga 174, ulangi rekod terburuk Fifa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :