Cuepacs minta kerajaan semak semula imbuhan tetap khidmat awam

Cuepacs minta kerajaan semak semula imbuhan tetap khidmat awam - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Cuepacs minta kerajaan semak semula imbuhan tetap khidmat awam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cuepacs minta kerajaan semak semula imbuhan tetap khidmat awam
link : Cuepacs minta kerajaan semak semula imbuhan tetap khidmat awam

Baca juga


Cuepacs minta kerajaan semak semula imbuhan tetap khidmat awam

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan semakan semula Imbuhan Tetap Khidmat Awam bagi meringankan beban penjawat awam yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata Ceupacs turut meminta kerajaan mengkaji semula Elaun Perumahan Wilayah untuk penjawat awam di Sabah dan Sarawak yang tidak disemak sejak lebih 10 tahun lepas.

"Dalam pada itu, kerajaan juga perlu menggantikan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang telah dibatalkan kerana sistem saraan baru perkhidmatan awam yang dikenali sebagai SST (Sistem Saraan Transformatif) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2013 tidak merangkumi semua skim perkhidmatan awam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Bual Bicara terbitan Bernama News Channel di Wisma Bernama, di sini hari ini.

Azih berkata cadangan Cuepacs itu adalah berdasarkan kepada situasi ekonomi sekarang yang memberi kesan kepada penjawat awam akibat kenaikan harga barang justeru kerajaan wajar melakukan semakan gaji dan imbuhan penjawat awam bagi mengurangkan tekanan hidup yang mereka hadapi.

Untuk rekod, Imbuhan Tetap Khidmat Awam tidak disemak semula oleh kerajaan sejak sedekad yang lepas, dan Ceupacs berpendapat kerajaan perlu memberi perhatian terhadap kebajikan penjawat awam terutama mereka yang berkeluarga, katanya.

Mengenai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) , Cuepacs mendapat laporan bahawa sebanyak 48 peratus permohonan sehingga kini telah ditolak kerana tidak memenuhi kriteria gaji yang ditetapkan LPPSA.

Sehubungan itu, Cuepacs mencadangkan agar kadar faedah pinjaman LPPSA dikurangkan daripada empat peratus kepada hanya satu peratus bagi membolehkan lebih ramai penjawat awam memiliki rumah idaman, kata Azih.

-- BERNAMA



Sumber Cuepacs minta kerajaan semak semula imbuhan tetap khidmat awam


Demikianlah Artikel Cuepacs minta kerajaan semak semula imbuhan tetap khidmat awam

Sekianlah artikel Cuepacs minta kerajaan semak semula imbuhan tetap khidmat awam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :