Akibat dendam, tiga beranak dibunuh di Kelantan

Akibat dendam, tiga beranak dibunuh di Kelantan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Akibat dendam, tiga beranak dibunuh di Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Akibat dendam, tiga beranak dibunuh di Kelantan
link : Akibat dendam, tiga beranak dibunuh di Kelantan

Baca juga


Akibat dendam, tiga beranak dibunuh di Kelantan

Tiga beranak warga tempatan ditemui mati dibunuh di sebuah stor di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab, Kota Baru, 15 Nov 2017. ― Foto BernamaTiga beranak warga tempatan ditemui mati dibunuh di sebuah stor di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab, Kota Baru, 15 Nov 2017. ― Foto BernamaKOTA BARU, 16 Nov ― Tiga beranak ditemui mati dibunuh di sebuah rumah yang dijadikan stor barangan hardware kepunyaan keluarga itu di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Din Ahmad berkata mangsa adalah Kha Eng Ni, 42, dan isteri, Chua Joo Seok, 43, serta anak lelaki mereka, Kha Zee Hanz, 13.

“Pasangan terbabit dipercayai ditikam beberapa kali menggunakan senjata tajam di bahagian dada manakala anak lelaki mereka maut selepas dipercayai dipukul di bahagian belakang kepala menggunakan benda keras,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini.

Din berkata seorang lagi mangsa yang juga anak pasangan itu berusia 15 tahun cedera parah kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Beliau berkata ​​​polis mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki pada pukul 2.30 petang mengatakan ternampak satu mayat berlumuran darah di hadapan rumah mangsa.

Beliau berkata sebaik menerima panggilan sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat seorang lelaki di hadapan rumah dalam keadaan berlumuran darah.

Katanya pemeriksaan lanjut menemui mayat isteri mangsa di bahagian dapur dan mayat anak pasangan terbabit di bahagian tengah rumah.

“Siasatan awal polis menemui kesan tapak kaki berlumuran darah di bahagian tangga rumah dua tingkat itu. Polis juga percaya berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek sebelum mangsa menghembuskan nafas terakhir.

“Polis percaya rumah dua tingkat itu dijadikan sebagai stor barangan hardware dan mangsa sekeluarga datang ke situ untuk tujuan mengaudit barangan, “ katanya.

Difahamkan, dua lagi anak mangsa berusia lapan dan 18 tahun terselamat dalam kejadian itu kerana tiada di tempat kejadian ketika itu.

Din berkata siasatan awal pembunuhan itu dipercayai bermotifkan dendam berikutan tiada wang atau barangan berharga milik mangsa hilang dan suspek mungkin berseorangan.

Katanya senjata yang digunakan kemungkinan pisau yang ada di rumah terbabit dan suspek dikatakan melarikan diri menggunakan van milik mangsa.

“Susulan kejadian itu polis Kelantan menubuhkan satu 'taskforce' khusus bagi melakukan siasatan kes berkenaan.

“Kita juga akan menjalankan sekatan jalan raya di beberapa lokasi dan cuba mendapatkan maklumat daripada orang ramai mengenai kejadian ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, “ katanya. ― Bernama



Sumber Akibat dendam, tiga beranak dibunuh di Kelantan


Demikianlah Artikel Akibat dendam, tiga beranak dibunuh di Kelantan

Sekianlah artikel Akibat dendam, tiga beranak dibunuh di Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :