Judul : 25 Foto: Sekitar Kemeriahan Majlis Pernikahan Izara Aishah Dan Adib Khalid
link : 25 Foto: Sekitar Kemeriahan Majlis Pernikahan Izara Aishah Dan Adib Khalid
25 Foto: Sekitar Kemeriahan Majlis Pernikahan Izara Aishah Dan Adib Khalid
Akhirnya pasangan sensasi pelakon popular Izara Aishah dan juga anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid selamat diijabkabulkan sebentar tadi.
Mereka berdua selamat bergelar suami isteri sekitar jam 8.50 malam tadi dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Damansara Perdana, Selangor.
Dengan sekali lafaz, Adib Khalid sah bergelar suami kepada Izara Aishah. Mas Kahwin yang diberikan adalah sebanyak RM300 tunai.
Majlis pernikahan diadakan secara tertutup itu dan hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat sahaja.
Pasangan ini memilih pakai sedondon berwarna putih di majlis akad nikah ini. Izara Aishah dilihat cantik mengenakan busana putih dari Rizalman.
Majlis ini mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan GlamWeddings.
Penyanyi popular tanah air Marsha Milan dan Kilafairy turut menyerikan majlis dengan membuat persembahan nyanyian.
Pasangan tersebut mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu selepas tiga tahun menyulam cinta.
Majlis resepsi pula akan disertai keluarga dan rakan terdekat kedua-dua belah pihak sahaja yang akan diadakan di Kuala Lumpur.
Untuk pengetahuan Izara Aishah kini berumur 25 tahun dan Adib pula berumur 27 tahun
Izara Aishah mula popular menerusi drama bersiri Vanila Coklat lakonan bersama Aiman Hakim Redza dan namanya kemudian meletup-letup.
Izara juga pernah berlakon dalam beberapa filem seperti Sejoli, Pilot Cafe dan J Revolusi.
Adib Khalid yangmerupakan anak kepada Datuk Khalid. Adib merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Tune Studios.
Jom layan beberapa keping gambar sekitar kemeriahan majlis pernikahan Izara Aishah dan juga Adib Khalid
Sumber: IG
Demikianlah Artikel 25 Foto: Sekitar Kemeriahan Majlis Pernikahan Izara Aishah Dan Adib Khalid
Sekianlah artikel 25 Foto: Sekitar Kemeriahan Majlis Pernikahan Izara Aishah Dan Adib Khalid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.