Judul : White Room…bilik hukuman yang tidak menyakitkan tapi sangat kejam! Kenapa?
link : White Room…bilik hukuman yang tidak menyakitkan tapi sangat kejam! Kenapa?
White Room…bilik hukuman yang tidak menyakitkan tapi sangat kejam! Kenapa?
ORANG yang buat salah, sudah pasti akan dihukum. Dalam dunia ini terdapat pelbagai jenis bentuk hukuman bagi pesalah. Dipenjara, digantung, dan banyak lagi lah!
Sungguhpun, ia dilakukan untuk tujuan memberi pengajaran namun, terdapat juga hukuman kejam yang bertujuan untuk menyeksa banduan daripada segi mental mahupun fizikal.
Memetik sebuah portal online, di sini kami ingin berkongsi sejenis hukuman yang dilihat pada dasarnya tidak menyakitkan namun boleh dianggap sangat kejam.
Hukuman tersebut ialah White Room. Haaaa? Bilik putih? Apa tu?
Haaa…White Room atau bilik putih merupakan satu hukuman di mana pesalah akan ditempatkan dalam sebuah bilik yang serba putih dan kalis bunyi.
Bilik ni sangat sunyi tau!
White room adalah sebuah bilik yang begitu sarat dengan segala yang berwarna putih contohnya, dinding putih, katil putih, lantai putih dan sebagainya.
Bila dilihat hukuman ini tidak menyakitkan dan tidak nampak kejam sama sekali.
Namun, sebenarnya hukuman ini memberi kesan yang buruk terutama kepada psikologi seseorang untuk seumur hidup!
Di mana ia akan membunuh deria penglihatan dan juga pendengaran seseorang.
Sesiapa yang berada dalam bilik ini untuk masa yang begitu lama akan mengalami beberapa masalah dengan deria dan apa yang lagi teruk adalah kesukaran untuk mengingati orang.
Menurut sumber, salah seorang bekas banduan yang pernah menjalani hukuman ini berkata:
“Saya telah dipenjarakan selama 8 bulan dan selepas dilepaskan, saya tidak dapat mengenal pasti dan mengecam mak serta ayah saya.
“Bila mereka melepaskan saya daripada penjara tersebut, saya merasakan seolah saya bukan seorang manusia yang normal.”
Kebanyakan banduan yang telah menjalani hukuman seperti ini dilaporkan cuba membunuh diri akibat tertekan.
Untuk pengetahuan, hukuman ini selalunya digunakan bagi memaksa banduan mengakui kesalahan yang dilakukan tanpa menyeksa fizikal mereka.
Fuhhhh… ngerikan? Nampak je macam tidak ada apa-apa, tapi kesannya mendalam dan sungguh dahsyat!
Sumber: MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura
Sumber White Room…bilik hukuman yang tidak menyakitkan tapi sangat kejam! Kenapa?