Judul : Video: “Saya tak tiru Hazama, saya yang buat dulu sebelum dia” – Uchop menyanyi dengan berpakaian badut depan Sogo
link : Video: “Saya tak tiru Hazama, saya yang buat dulu sebelum dia” – Uchop menyanyi dengan berpakaian badut depan Sogo
Video: “Saya tak tiru Hazama, saya yang buat dulu sebelum dia” – Uchop menyanyi dengan berpakaian badut depan Sogo
Juara pertandingan nyanyian Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua, Uchop Ahmad menafikan meniru Hazama apabila tampil menyanyi dengan berpakaian badut di depan pusat beli-belah Sogo pada 22 September lalu.
Video: “Saya tak tiru Hazama, saya yang buat dulu sebelum dia” – Uchop menyanyi dengan berpakaian badut depan Sogo
Video itu dimuat naik di laman sosial pada keesokan harinya dan seterusnya menjadi tular sehingga mencatat hampir 300,000 tontonan.
Sebelum ini peminat dikejutkan dengan penampilan Hazama berpakaian seperti gelandangan dan menyanyi di kawasan Bukit Bintang sehingga menjadi tular dalam kalangan masyarakat.
Uchop atau nama sebenarnya Mohamad Yusof Ahmad mendakwa, dia terlebih dahulu membuat konsep seperti itu sebelum Hazama.
“Untuk ‘prank’ yang pertama, saya bawa karakter orang gila dan menyanyikan lagu Romancinta. Saya mahu lihat apa reaksi masyarakat apabila orang berpakaian buruk dan lusuh menyanyi.
“Sebaik saya menyanyi, hampir 500 peminat datang berkumpul dan ada yang merakam nyanyian saya sertaberkongsi menyiarkannya di laman sosial sehingga mencatat tiga juta tontonan,” katanya.
Uchop berkata, aksinya menyanyi dibuat beberapa hari awal sebelum Hazama tetapi kebetulan dimuat naik di laman sosial sama tarikh video penyanyi itu sehingga timbul dakwaan dia cuba meniru.
“Saya tak bengang atau marah kerana dari dulu saya sudah buat begini. Saya bangga menjadi perintis trend ini.
“Ramai peminat peminat menyokong saya” katanya.
Menurut Uchop, berdasarkan sambutan baik terhadap video pertama itu, dia menggunakan pendekatan sama bagi mempromosikan single terbaru berjudul Tanpa Dendam.
Saya seronok dengan reaksi orang ramai terhadap ‘prank’ pertama saya dan mengulanginya dengan tampil sebagai badut pula.
“Syukur ia berjaya. Ia dikongsi netizen sehingga mendapat reaksi positif peminat di luar negara termasuk Brunei,” katanya yang sebelum ini pernah tampil dalam Konsert Wings & Superfriends di Istana Budaya pada April lalu.
Sumber: Metro
Sumber Video: “Saya tak tiru Hazama, saya yang buat dulu sebelum dia” – Uchop menyanyi dengan berpakaian badut depan Sogo