Tiga kertas soalan hilang, ujian KAFA disusun semula

Tiga kertas soalan hilang, ujian KAFA disusun semula - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Tiga kertas soalan hilang, ujian KAFA disusun semula, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiga kertas soalan hilang, ujian KAFA disusun semula
link : Tiga kertas soalan hilang, ujian KAFA disusun semula

Baca juga


Tiga kertas soalan hilang, ujian KAFA disusun semula

Jadual peperiksaan ujian KAFA 2017 disusun semula berikutan kejadian pecah masuk di Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka semalam. ― Foto oleh Yusof Mat IsaJadual peperiksaan ujian KAFA 2017 disusun semula berikutan kejadian pecah masuk di Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka semalam. ― Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 29 Sept — Jadual bagi peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2017 disusun semula berikutan kejadian pecah masuk di Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) semalam menyebabkan tiga kertas soalan bagi tiga subjek hilang.

Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha berkata bagaimanapun kejadian itu tidak menjejaskan pelaksanaan peperiksaan tersebut yang dijadualkan pada 2 hingga 5 Okt ini.

“Ini kerana Jakim telah menyediakan set soalan kedua bagi subjek-subjek tersebut dan penyusunan jadual baharu adalah bagi memastikan kelancaran peperiksaan UPKK 2017,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jadual baharu bagi UPKK 2017 adalah seperti berikut:  

Isnin (2 Okt)

2.15 petang hingga 3.45 petang — Sirah

4 petang hingga 5.30 petang — Adab (Akhlak Islamiyah) I

Selasa (3 Okt)

2.30 petang hingga 4 petang — Lughah Al-Quran

Rabu (4 Okt)

2.30 petang hingga 4 petang — Ulum Syari’ah (Aqidah dan Ibadah)

4.15 petang hingga 5.15 petang — Adab (Akhlak Islamiyah) II

Khamis (5 Okt)

2.30 petang hingga 4 petang — Pelajaran Jawi dan Khat

Sementara itu, Othman berkata pihak JAIM telahpun membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai kes pecah masuk berkenaan dan siasatan akan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang.

“Jakim memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi berikutan perkara ini,” katanya. — Bernama



Sumber Tiga kertas soalan hilang, ujian KAFA disusun semula


Demikianlah Artikel Tiga kertas soalan hilang, ujian KAFA disusun semula

Sekianlah artikel Tiga kertas soalan hilang, ujian KAFA disusun semula kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: