Sharnaaz Ahmad pelik tidak terima tawaran berlakon lepas drama Awak Sangat Nakal

Sharnaaz Ahmad pelik tidak terima tawaran berlakon lepas drama Awak Sangat Nakal - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Sharnaaz Ahmad pelik tidak terima tawaran berlakon lepas drama Awak Sangat Nakal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sharnaaz Ahmad pelik tidak terima tawaran berlakon lepas drama Awak Sangat Nakal
link : Sharnaaz Ahmad pelik tidak terima tawaran berlakon lepas drama Awak Sangat Nakal

Baca juga


Sharnaaz Ahmad pelik tidak terima tawaran berlakon lepas drama Awak Sangat Nakal

KUALA LUMPUR: Aktor Sharnaaz Ahmad mengaku pelik apabila kurang menerima tawaran berlakon, sejak akhir-akhir ini.

 

Sharnaaz Ahmad pelik tidak terima tawaran berlakon lepas drama Awak Sangat Nakal

Sharnaaz Ahmad pelik tidak terima tawaran berlakon lepas drama Awak Sangat Nakal

 

 

Sharnaaz atau nama penuhnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 32, memberitahu, kali terakhir dia menjalani penggambaran ialah melalui drama Awak Sangat Nakal berganding dengan Ayda Jebat, tahun lalu.

“Saya pelik tiada tawaran lakonan buat saya. Kalau ada pun, drama episod yang panjang. Saya terpaksa tolak kerana tidak mampu memberi komitmen berbulan-bulan.

“Bukan apa, bakat baharu, tidak kisahlah, sekurang-kurangnya mereka boleh mendapat pendapatan tetap,” katanya kepada BH Online.

Sharnaaz memberitahu, dia pernah terfikir untuk menerbitkan drama sendiri. Namun, dakwanya, mainan ‘politik’ dalam industri hiburan menyebabkan hasrat itu dilupakan.

“Memang perkara ini (dakwaan ‘politik’ dalam industri seni) tampak kecil kerana mana-mana industri pun ada masalah ini. Mengapa tidak, asyik produksi sama saja yang mendapat projek.

“Jadi saya berfikir dua kali untuk menerbitkan drama. Namun, itulah, saya tidak boleh menyalahkan mereka kerana itu rezeki mereka,” katanya.

Mengisi masa, Sharnaaz yang mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada 31 Mac lalu, meneroka bidang perniagaan melalui syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan.

“Mungkin daripada segi lakonan tiada tawaran, namun Allah buka rezeki untuk saya meneroka bidang perniagaan. Alhamdulillah, saya terbabit dalam kegiatan pembinaan, pembersihan dan perdagangan.

“Saya tidak boleh mengharapkan pendapatan daripada lakonan kerana perlu memikirkan masa depan keluarga,” katanya.

Ditanya kehidupan rumah tangganya dengan kakak Neelofa itu, Sharnaaz mengaku bahagia dan merasa cukup sempurna.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kehidupan sekarang, apatah lagi sentiasa berada di samping isteri membuat saya cukup bahagia.

“Saya kuat makan sekarang. Itu yang membuatkan saya berisi,” katanya.

Sumber: Bharian



Sumber Sharnaaz Ahmad pelik tidak terima tawaran berlakon lepas drama Awak Sangat Nakal


Demikianlah Artikel Sharnaaz Ahmad pelik tidak terima tawaran berlakon lepas drama Awak Sangat Nakal

Sekianlah artikel Sharnaaz Ahmad pelik tidak terima tawaran berlakon lepas drama Awak Sangat Nakal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: