Seleweng duit kerajaan RM40 juta, setpol menteri direman

Seleweng duit kerajaan RM40 juta, setpol menteri direman - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Seleweng duit kerajaan RM40 juta, setpol menteri direman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seleweng duit kerajaan RM40 juta, setpol menteri direman
link : Seleweng duit kerajaan RM40 juta, setpol menteri direman

Baca juga


Seleweng duit kerajaan RM40 juta, setpol menteri direman

SPRM menahan reman seorang setiausaha politik kepada menteri selama enam haribagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang peruntukan bernilai RM40 juta yang sepatutnya disalurkan kepada PTPK. -- Foto oleh Yusof Mat IsaSPRM menahan reman seorang setiausaha politik kepada menteri selama enam haribagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang peruntukan bernilai RM40 juta yang sepatutnya disalurkan kepada PTPK. -- Foto oleh Yusof Mat IsaPUTRAJAYA, 28 Sept —  Seorang setiausaha politik kepada menteri direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang peruntukan bernilai RM40 juta yang sepatutnya disalurkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Majistret Azizah Ahmad mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman lelaki berusia 61 tahun itu.

Setiausaha politik berkenaan dilaporkan ditahan selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM pada 12.30 tengah hari semalam.

Lelaki itu  tiba di ke mahkamah pada 9.45 pagi tadi dengan memakai baju lokap SPRM berwarna oren, bagaimanapun prosiding kesnya selesai lebih kurang pukul 3.30  petang.

Laporan akhbar semalam menyebut setiausaha politik terbabit merupakan individu kelima yang ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang peruntukan berkenaan.

Laporan itu juga menyebut individu berkenaan merupakan ahli biasa Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Serian, Sarawak, dan siasatan terhadapnya dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Pada 13 Sept lalu, SPRM telah menahan empat individu kerana disyaki menyeleweng dana kerajaan bernilai hampir RM40 juta yang sepatutnya disalurkan kepada sebuah perbadanan kemahiran bagi tujuan program latihan.

Mereka yang ditahan adalah seorang ketua eksekutif bergelar Datuk berumur 58 tahun, setiausaha perbadanan berumur 34 tahun, penolong pegawai kewangan berumur 32 tahun dan pengarah sebuah syarikat yang bergelar doktor berumur 38 tahun di beberapa lokasi di ibu negara dalam operasi khas SPRM.

Bagaimanapun, kesemua individu terbabit yang direman enam hari bermula 14 Sept lalu masing-masing telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.—Bernama



Sumber Seleweng duit kerajaan RM40 juta, setpol menteri direman


Demikianlah Artikel Seleweng duit kerajaan RM40 juta, setpol menteri direman

Sekianlah artikel Seleweng duit kerajaan RM40 juta, setpol menteri direman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: