Judul : Sedihnya baca luahan suami ini, masih tetap setia dan mencintai isteri yang telah meninggal dunia walaupun didesak keluarga supaya kahwin lagi
link : Sedihnya baca luahan suami ini, masih tetap setia dan mencintai isteri yang telah meninggal dunia walaupun didesak keluarga supaya kahwin lagi
Sedihnya baca luahan suami ini, masih tetap setia dan mencintai isteri yang telah meninggal dunia walaupun didesak keluarga supaya kahwin lagi
Assalamualaikum admin ku yg paling prihatin. Saya nak tanya, saya azmil dan istri saya nama Aisyah. Mungkin masalah saya hanya sekelumit kecil tapi saya nak tanya dan minta pendapat, istri saya sudah lama pergi dan saya keseorangan.
Tapi saya tak rasa keseorangan pun sebab saya selalu melawat kuburannya, selalu menatap wajah gambarnya. Hatta, ada org kata saya ini gila dan tak boleh terima pemergian istri tercinta saya. Bukan saya tak redo, cuma bila saya berkahwin dgnnya saya kata dkt dia, awklah cinta abang, meskipun awk bukan pertama tapi abg harap cinta ini yg terakhir. Cerai kita adalah mati sahaja.
Dan akhirnya mmg benar kami bercerai, ya bercerai daripada jasad tapi tidak hati. Untuk pengetahuan, sepanjang berkahwin saya tak jarang sentuh dia meskipun itu naluri keinginan seorang suami.
Bukan kerana saya tidak bernafsu, tapi saya faham dia sakit dan saya rela menahan nafsu ini dgn berpuasa daripada melayan saya yg mana keadaanya saya tahu sangat tidak sihat. Saya syg dia, sehinggakan saya kata, biarlah abg tak dpt sentuh awk sptmana suami2 lain tp abg dh dapat sentuh hati awk. Mmg benar byk kali saya bercinta tapi kali ini benar2 saya jatuh cinta. Allahurobbi, besar dugaan yg patut saya redo.
Saya dh luah perasaan dan org desak saya terutama keluarga, sahabat utk saya berkahwin lain. Tapi saya takmahu, saya syg kan istri saya sehinggakan sy pernah tekad takkan kahwin lagi kerana dia cinta 1 saya. Saya takut bilamana sy kahwin lagi istri saya akan cemburu melihat betapa sygnya saya pada istri lama sy. Hanya Allah yg tahu perasaan itu. Demi Allah, hanya Allah yg tahu. Dgn gambarnya dalam dompet saya, di dinding, di bilik, dan plg utama di hati saya. :’)
Mimpi itu jangan kata, setiap kali rindu, mimpi itu peneman tapi tidak puas menatap wajahnya krn itu hny mimpi tapi bgku itu suatu perkara istimewa.
Saya minta pandangan bernas dan saya lelaki..
:’) jarang lelaki mengalirkan air mata, tapi air mata yg keluar ini, entahlah, bagi saya sebuah keikhlasan.
Sumber: KRT
Sumber Sedihnya baca luahan suami ini, masih tetap setia dan mencintai isteri yang telah meninggal dunia walaupun didesak keluarga supaya kahwin lagi