Remaja cuba bunuh diri selepas 2 kali dirogol datuk tiri

Remaja cuba bunuh diri selepas 2 kali dirogol datuk tiri - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Remaja cuba bunuh diri selepas 2 kali dirogol datuk tiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Remaja cuba bunuh diri selepas 2 kali dirogol datuk tiri
link : Remaja cuba bunuh diri selepas 2 kali dirogol datuk tiri

Baca juga


Remaja cuba bunuh diri selepas 2 kali dirogol datuk tiri

SRI AMAN, SARAWAK - Seorang remaja berusia 14 tahun cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat dua asrama sekolahnya pada jam 2.50 pagi 21 September lalu, lalu membongkar rahsia yang dirinya telah menjadi mangsa rogol datuk tirinya, lapor Berita Harian. 
Perbuatan datuk tirinya yang berusia 54 tahun itu hanya diketahui selepas pihak Hospital Sri Aman mendapati pelajar terbabit sedang hamil lima minggu ketika menerima rawatan. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Dev Kumar berkata, siasatan awal pihaknya tidak dapat menentukan punca pelajar itu cuba membunuh diri, serta gagal mengesan siapa bapa bayi yang dikandungnya. 
Bagaimanapun Rabu lalu, pegawai sosial perubatan Hospital Sri Aman menemubual pelajar terbabit dan akhirnya dia mendedahkan perkara sebenar. 
"Mangsa mendedahkan dia telah dirogol oleh datuk tirinya sebanyak dua kali dalam bulan Ogos lalu. Selepas mendengar pengakuan yang mengejutkan itu, pegawai sosial perubatan terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Sri Aman," katanya. 
Siasatan polis mendapati, kejadian pertama berlaku pada awal bulan Ogos selepas datuk tirinya mengambil mangsa pulang dari asrama ke rumahnya pada hujung minggu. 
Difahamkan dalam perjalanan pulang, suspek telah membawa mangsa ke sebuah pondok di ladang kelapa sawit, lalu merogolnya. 
"Kejadian kedua pula berlaku kira-kira seminggu kemudian di sebuah rumah panjang di Sembayang, Sri Aman, apabila mangsa dirogol di ruang tamu ketika ahli keluarga yang lain sedang tidur," katanya. 
Berikutan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Sri Aman telah menjejaki suspek di sebuah pondok di sawah padi miliknya di Sembayang jam 11 malam tadi. 
"Ketika anggota polis tiba di pondok itu, suspek ditemui terbaring di atas tanah di belakang pondok dengan mulut berbuih dan dalam keadaan separuh sedar. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Sri Aman dengan kenderaan polis. 
"Bagaimanapun pada jam 5 pagi tadi, suspek yang bekerja sebagai petani telah disahkan meninggal dunia. Siasatan awal polis dan pihak hospital mendapati suspek membunuh diri dengan meminum racun serangga perosak," katanya. 


Sumber Remaja cuba bunuh diri selepas 2 kali dirogol datuk tiri


Demikianlah Artikel Remaja cuba bunuh diri selepas 2 kali dirogol datuk tiri

Sekianlah artikel Remaja cuba bunuh diri selepas 2 kali dirogol datuk tiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: