Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah cari tempat sementara

Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah cari tempat sementara - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah cari tempat sementara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah cari tempat sementara
link : Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah cari tempat sementara

Baca juga


Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah cari tempat sementara

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah mengorbankan 23 nyawa pada 14 September 2017. ― Foto ihsan Facebook/DTTBKebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah mengorbankan 23 nyawa pada 14 September 2017. ― Foto ihsan Facebook/DTTBKUALA LUMPUR, 23 Sept ― Pihak pengurusan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) di Jalan Keramat Ujung di sini masih mencari lokasi sesuai bagi menjalankan sesi pembelajaran sementara sebelum mereka dibenarkan menggunakan bangunan baharu yang telah siap dinaik taraf.

Pengetuanya Mohd Zahid Mahmood berkata sesi pembelajaran perlu dimulakan pada awal Nov depan sedangkan bangunan baharu yang sepatutnya dijadual beroperasi Oktober ini ditangguhkan dan hanya akan digunakan awal tahun depan.

“Ada beberapa tempat yang telah ditawarkan untuk kami beroperasi buat sementara waktu namun kami perlu mencari institusi yang mendapat kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta tidak terletak terlalu jauh,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Mohd Zahid berkata pusat tahfiz sementara perlu beroperasi di premis berstatus institusi dan bukannya di lot kediaman kerana tidak bersesuaian.

Beliau yang masih bersedih dengan kehilangan 21 pelajar serta dua guru pusat tahfiz DQI mengakui tragedi yang mengorbankan nyawa mereka telah membuka mata banyak pihak sekali gus menambah baik pendidikan pusat tahfiz di seluruh negara. 

“Inilah hikmahnya...pemergian mereka telah membuatkan kebajikan semua pusat tahfiz dipandang serius dengan pelbagai peruntukan yang diumumkan.

“Selepas kejadian ini, banyak inisiatif diterima seperti pendawaian secara percuma kepada institusi pendidikan tahfiz di seluruh negara khususnya daripada kerajaan yang prihatin,” kata Mohd Zahid.

Difahamkan, beliau akan menemui pegawai penyiasat polis untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan lanjut kes itu hari ini.

Pada 14 Sept lepas, seramai 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu terkorban apabila asrama yang terletak di tingkat tiga terbakar pada 5.15 pagi, Khamis lepas. ― Bernama



Sumber Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah cari tempat sementara


Demikianlah Artikel Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah cari tempat sementara

Sekianlah artikel Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah cari tempat sementara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :