Judul : Penggodam Muslim dari Palestin diberi penghargaan oleh Amerika Syarikat
link : Penggodam Muslim dari Palestin diberi penghargaan oleh Amerika Syarikat
Penggodam Muslim dari Palestin diberi penghargaan oleh Amerika Syarikat
Baru-baru ini ibu pejabat kerajaan Amerika Syarikat, the Pentagon telah memberikan pengiktirafan kepada seorang penggodam dari Palestin bernama Amjad Nayef Mahmoud Kabaha dan menyenaraikan namanya dalam senarai kepujian Kementerian Pertahanan negara itu.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti Terbuka Al-Quds di mana Amjad menuntut, pelajar IT itu telah menemui kelemahan “Cross-Site Request Forger” (CSRF) yang boleh menyebabkan akaun ejen Pentagon diceroboh masuk dengan mudah.
Apa yang menakjubkan, Amjad tidak menggunakan kelemahan Pentagon itu untuk kepentingan peribadi atau kelebihannya. Malah, beliau telah memaklumkan kepada pihak kerajaan AS tentang kelemahan tersebut untuk dibetulkan.
Ini bukan kali pertama Amjad melakukan perkara seumpama ini. Sebelum ini, beliau pernah menjumpai kelemahan hampir 50 laman web besar seperti Facebook, Google, Western Union dan Master Card.
Dalam dunia siber, orang seperti Amjad dilabel sebagai penggodam topi putih. Golongan ini merupakan penggodam yang beretika kerana mereka menggodam untuk mencari kelemahan laman-laman web yang dimiliki organisasi besar atau kerajaan dan melaporkannya untuk meningkatkan tahap keselamatan siber laman web itu.
Amjad yang bekerja di tapak pembinaan itu mempunyai cita-cita untuk memperkasakan pengetahuan orang Palestin dalam bidang ini dan melindungi mereka daripada serangan siber.
Sumber: Al-Quds Open University
Via: Iluminasi
Sumber Penggodam Muslim dari Palestin diberi penghargaan oleh Amerika Syarikat