Pelawak sekarang ‘meleret’ kata Yassin

Pelawak sekarang ‘meleret’ kata Yassin - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pelawak sekarang ‘meleret’ kata Yassin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelawak sekarang ‘meleret’ kata Yassin
link : Pelawak sekarang ‘meleret’ kata Yassin

Baca juga


Pelawak sekarang ‘meleret’ kata Yassin

Ramai menyangka kerja melawak sesuatu yang mudah, tetapi bagi bekas anggota kumpulan Senario, Yassin Yahya, dia tahu benar cabaran yang terpaksa dihadapi.

Bagi Yassin, tidak semua orang boleh dianggap pelawak.

Pelawak, katanya, ialah seseorang yang mampu membuat jenaka 24 jam sehari. Dan ia memang tidak mampu dilakukannya.

Justeru bagi Yassin dia menganggap dirinya bukan pelawak, sebaliknya hanya penghibur.

“Setakat ini saya anggap diri saya cuma setakat penghibur, bukan pelawak.

“Kalau benar-benar pelawak, dia kena melawak 24 jam,” katanya sambil mempamerkan wajah bersahaja ketika ditemui pada sidang media pengumuman Karnival Jelajah Mesra Medan Jodoh 2017 di Kuala Lumpur semalam.

Karnival itu dijadual berlangsung pada 6 hingga 15 Oktober depan di Padang Anam, Batu Anam, Segamat Johor.

Walaupun Yassin menganggap dirinya cuma penghibur, bagi kebanyakan orang dia tetap pelawak. Cuma dia jarang membuat kemunculan di TV mahupun layar perak sejak akhir-akhir ini.

Pertimbang banyak faktor

Tetapi untuk peminat yang menggemari Yassin, dia bakal menemui penonton di pawagam menerusi filem terbaru terbitan Skop Productions, Sekolah HaHa yang dijangka ditayangkan tahun depan.

Kata Yassin bidang yang diceburinya bukan sesuatu yang boleh dianggap remeh.

Tidak ada jalan mudah malah Yassin sentiasa mengambil serius pekerjaan yang dilakukan. Antara lain dia tidak mahu tersalah langkah sekaligus melukakan perasaan penonton.

“Menjadi pelawak bukan senang, kalau tak belajar mengawal apa dilontarkan di atas pentas mahupun di TV, orang boleh jadi menyampah.

“Kalau tidak terkawal, lama-lama bahan lawak itu jadi macam syok sendiri,” katanya.

Sebab itu kata Yassin ada pelawak yang dirasakan ‘jahil’ untuk menghiburkan orang ramai disebabkan meleret-leret.

Puncanya, mereka tidak mahu mengkaji apa yang berkaitan seperti kehendak penonton sebelum membuat persembahan dan perkara yang tidak sesuai diucapkan.

“Banyak faktor perlu diperimbangkan.

“Kita milik orang ramai dan sentiasa jadi perhatian – kena pegang tu,” katanya.

Bagaimanapun Yassin tidak mengaitkan kenyataannya itu dengan sesiapa.

Namun baru-baru ini nama pelakon dan pelawak Zizan Razak tiba-tiba mengundang perhatian apabila terlanjur kata ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke-29 pada 23 September lalu.

Semasa acara berlangsung, Zizan mengusik gelaran Datuk diperoleh aktor Datuk Hans Isaac dan Datuk Eizlan Yusof dengan mendakwa pingat Darjah Indera Mahkota Pahang itu “dibeli”.

Bagaimanapun, Zizan akhirnya mengaku ia sekadar gurauan dan sudah memohon maaf.

Sumber: MK



Sumber Pelawak sekarang ‘meleret’ kata Yassin


Demikianlah Artikel Pelawak sekarang ‘meleret’ kata Yassin

Sekianlah artikel Pelawak sekarang ‘meleret’ kata Yassin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: