Pelaburan luar negara penting - KWSP

Pelaburan luar negara penting - KWSP - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pelaburan luar negara penting - KWSP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelaburan luar negara penting - KWSP
link : Pelaburan luar negara penting - KWSP

Baca juga


Pelaburan luar negara penting - KWSP

PETALING JAYA: Pelaburan luar negara penting bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam menjamin pulangan yang kukuh kepada pencarumnya.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif berkata, peluang untuk mendapatkan pulangan pendapatan yang tinggi adalah lebih besar dan meluas di luar negara berbanding pelaburan di pasaran tempatan yang agak terhad.

Beliau berkata, adalah tidak berhemah bagi pengurus dana persaraan itu jika hanya menumpukan pelaburan di satu tempat saja.

Lazimnya, pelaburan di luar negara memberikan pulangan yang baik dari segi keuntungan modal dan tukaran asing serta risiko yang kurang, sekali gus menepati profil risiko pulangan pelaburan, jelasnya.

"Nilai aset pelaburan KWSP adalah berjumlah AS$180 bilion atau kira-kira RM800 bilion.

"Kira-kira AS$50 bilion atau 29 peratus daripada AS$180 bilion adalah nilai aset pelaburan luar negara," katanya dalam satu temubual bersama kumpulan media di bawah Media Prima Bhd di sini, hari ini.

Mohamed Nasir berkata, sejak beberapa tahun lalu, sumbangan pelaburan luar negara kepada pendapatan KWSP sangat memberangsangkan.

Beliau berkata, pada 2015, aset pelaburan luar negara pengurus dana persaraan itu adalah sebanyak 25 peratus, tetapi sumbangan kepada pendapatannya adalah 48 peratus.

Pada 2016, beliau menjelaskan, aset pelaburan luar negara adalah 29 peratus, sementara sumbangan kepada pendapatan adalah 39 peratus.

"Tahun ini, aset pelaburan luar negara sama juga sekitar 28-29 peratus, tetapi sumbangan kepada pendapatan setakat 30 Jun (2017) adalah 33 peratus.

"Ini menunjukkan jumlah duit ke luar sedikit (pelaburan luar negara), pulangan lebih banyak," katanya.

Menyentuh mengenai pelaburan di Amerika Syarikat (AS), Mohamed Nasir berkata, daripada AS$50 bilion pelaburan di luar negara, cuma 17 peratus dilaburkan dalam ekonomi terbesar dunia itu.

Beliau berkata, KWSP melabur dalam pelbagai kelas aset di AS termasuk ekuiti, hartanah, infrastruktur dan pendapatan tetap.

Sementara itu, Mohamad Nasir menegaskan KWSP amat teliti dan mengikut prosedur kelulusan yang ketat dalam membuat sebarang keputusan pelaburan di luar negara.

Beliau berkata, kelulusan pelbagai peringkat diperlukan untuk melabur di luar negara.

INFO

* Pertumbuhan aset KWSP 11-12 peratus setiap tahun

* KWSP melabur di 40 negara



Sumber Pelaburan luar negara penting - KWSP


Demikianlah Artikel Pelaburan luar negara penting - KWSP

Sekianlah artikel Pelaburan luar negara penting - KWSP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :