Nomad laut mungkin bunuh 100 ekor penyu di Pulau Bum-Bum

Nomad laut mungkin bunuh 100 ekor penyu di Pulau Bum-Bum - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Nomad laut mungkin bunuh 100 ekor penyu di Pulau Bum-Bum, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nomad laut mungkin bunuh 100 ekor penyu di Pulau Bum-Bum
link : Nomad laut mungkin bunuh 100 ekor penyu di Pulau Bum-Bum

Baca juga


Nomad laut mungkin bunuh 100 ekor penyu di Pulau Bum-Bum

KOTA KINABALU: Golongan Bajau Laut atau dikenali nomad laut dipercayai telah membunuh dengan kejam kira-kira 100 ekor penyu yang rangkanya ditemukan bertaburan di pantai Kampung Pantau-Pantau, Kampung Amboh-Amboh dan Kampung Sampolan di Pulau Bum-Bum, Semporna baru-baru ini.

Mengenai rangka penyu yang tular di media sosial pada Rabu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga berkata pasukan penyiasat yang dibantu oleh polis Semporna, polis marin Taman Sabah, World Wildlife Fund (WWF) dan Persatuan Wanita Pulau Omadal (WAPO) telah dihantar ke pulau itu awal semalam dan menemukan lapan bangkai penyu dan satu terapung di laut.

"Bangkai penyu itu tidak lagi berada di kawasan yang pada awalnya ditemukan tetapi dipercayai dihanyutkan ke laut.

"Siasatan lanjut di kampung-kampung pesisir di sekitar pulau tersebut menunjukan aktiviti pemburuan haram (oleh golongan Bajau Laut) telah berlarutan agak lama," kata beliau dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Tuuga berkata siasatan masih dijalankan tetapi beberapa suspek telah dikenal pasti.

Dalam kes lain, Pengarah Hidupan Liar itu berkata jabatan sedang menyiasat kematian seekor gajah yang dijumpai terapung di Sungai Kinabatangan oleh seorang pemandu pelancong yang menaiki bot menyusuri sungai bersama sekumpulan pelancong pada 25 Sept (Isnin).

Beliau berkata bangkai gajah itu dibawa ke darat dan bedah siasat telah dijalankan oleh pegawai veterinar jabatan tersebut.

"Haiwan itu ialah gajah jantan, dianggar berusia 15 hingga 20 tahun, dan dipercayai telah mati atau dibunuh tiga hari sebelumnya (22 Sept).

Tuuga berkata bedah siasat tidak menemui sebarang bukti kesan tembakan pada badan haiwan itu dan ada kemungkinan gajah itu termasuk dalam perangkap yang akhirnya menyebabkan haiwan itu mati akibat keletihan.

"Siasatan sekarang tertumpu untuk mengenal pasti kawasan yang mungkin gajah itu mati atau dibunuh di hulu Sungai Kinabatangan sebelum bangkainya dicampak ke dalam sungai," kata beliau.

-- BERNAMA



Sumber Nomad laut mungkin bunuh 100 ekor penyu di Pulau Bum-Bum


Demikianlah Artikel Nomad laut mungkin bunuh 100 ekor penyu di Pulau Bum-Bum

Sekianlah artikel Nomad laut mungkin bunuh 100 ekor penyu di Pulau Bum-Bum kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: