Menteri: Tiada rancangan naikkan cukai dalam Bajet 2018

Menteri: Tiada rancangan naikkan cukai dalam Bajet 2018 - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Menteri: Tiada rancangan naikkan cukai dalam Bajet 2018, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menteri: Tiada rancangan naikkan cukai dalam Bajet 2018
link : Menteri: Tiada rancangan naikkan cukai dalam Bajet 2018

Baca juga


Menteri: Tiada rancangan naikkan cukai dalam Bajet 2018

Kerajaan tidak merancang untuk menaikkan cukai dalam Bajet 2018, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani. — Foto BernamaKerajaan tidak merancang untuk menaikkan cukai dalam Bajet 2018, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 29 Sept — Kerajaan tidak merancang untuk menaikkan cukai dalam Bajet 2018 kerana langkah itu akan membebankan lagi rakyat yang ketika ini mengalami peningkatan kos sara hidup, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha mencari kaedah untuk mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup dalam belanjawan tahun depan.

“Kita tidak mempunyai rancangan untuk menaikkan lagi cukai ke atas rakyat, saya tahu rakyat berdepan banyak bebanan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi mudah alih insurans motor, ‘GetCover’, di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, pendapatan kerajaan juga perlu diambil kira.

Dalam perkembangan lain, Johari yakin asas-asas negara kekal kukuh, berdasarkan peningkatan eksport, nilai dagangan, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar dan harga minyak mentah dunia yang stabil.

“Setiap kali harga minyak mentah naik US$1 (US$1=RM4.22) setong, perolehan kerajaa akan meningkat kira-kira RM300 juta,” katanya.

Harga minyak mentah purata ketika ini berada pada US$57 setong berbanding US$54 setong pada 2016.

Bagimanapun, beliau berkata, kerajaan juga perlu mengambil kira faktor luaran seperti ketegangan geopolitik semasa antara Korea Utara dan Amerika Syarikat.

“Situasi itu menimbulkan ketidaktentuan dalam ekonomi dunia, terutama ekonomi serantau, serta kedudukan kita (Malaysia) yang terletak berhampiran negara terbabit (Korea Utara),” katanya.

Terdahulu, dalam ucapan pelancarannya, Johari berkata kerajaan menggalakkan pembangunan ​​​​​​​industri teknologi kewangan (fintech) melalui peruntukan geran di bawah pelbagai agensi.

“Ini termasuk insentif Cukai Budiman, Dana Pemula Perniagaan dan Cradle Seed Ventures,” katanya.

Beliau berkata, fintech merupakan industri penting dalam memacu agenda inklusif utama negara ke peringkat seterusnya, memandangkan Malaysia meletakkannya sebagai keutamaan dasar.

Mengenai ‘GetCover’, Johari berkata, aplikasi itu dijangka mewujudkan lebih 16,000 peluang pekerjaan sambilan untuk bakal rakan kongsi sosial.

Ia membolehkan pelanggan membandingkan dan membeli insurans motor daripada rakan kongsi syarikat insurans selain dilengkapi sistem pembayaran selamat dan mudah. — Bernama



Sumber Menteri: Tiada rancangan naikkan cukai dalam Bajet 2018


Demikianlah Artikel Menteri: Tiada rancangan naikkan cukai dalam Bajet 2018

Sekianlah artikel Menteri: Tiada rancangan naikkan cukai dalam Bajet 2018 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: