Mayat gadis kilang dibawa arus banjir ditemui

Mayat gadis kilang dibawa arus banjir ditemui - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Mayat gadis kilang dibawa arus banjir ditemui, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mayat gadis kilang dibawa arus banjir ditemui
link : Mayat gadis kilang dibawa arus banjir ditemui

Baca juga


Mayat gadis kilang dibawa arus banjir ditemui

Kenderaan terperangkap dalan banjir kilat di Jalan Air Itam di George Town, 15 September 2017. ― Foto oleh KE OoiKenderaan terperangkap dalan banjir kilat di Jalan Air Itam di George Town, 15 September 2017. ― Foto oleh KE OoiGEORGE TOWN, 16 Sept ― Seorang pekerja kilang yang dilaporkan terjatuh ke dalam longkang di Jalan Paya Terubong ketika menunggang motosikal meredah banjir semalam, ditemukan lemas di dalam sungai berhampiran Bukit Jambul hari ini.

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Azman Hussin berkata mayat Noor Afidah Yajunas, 29, ditemui pada 7.45 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat yang ditubuhkan susulan kejadian.

“Dalam kejadian semalam, mangsa dilaporkan terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya dan dihanyutkan arus deras.  Berikutan itu pihak bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat wanita itu.

“Kami menjalankan operasi mencari bermula dari lokasi mangsa terjatuh iaitu di dalam longkang yang mempunyai keluasan dan kedalaman satu meter itu hingga ke kawasan sungai berdekatan semalam namun gagal menemui mangsa,” katanya di sini hari ini.

Katanya operasi diteruskan malam tadi hingga awal pagi ini bersama beberapa agensi lain antaranya polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

“Pada pukul 7.45 pagi, komander operasi menemui mayat mangsa di dalam sungai berhampiran kawasan Bukit Jambul,” katanya menambah  mayat  dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

Sementara itu, ibu mangsa Hadisah Jalil, 60-an, berkata mereka sekeluarga reda dengan kejadian itu namun bersyukur kerana mayat anaknya berjaya ditemukan hari ini.

“Selepas dimaklumkan kejadian itu semalam, mak cik dan keluarga berdoa agar dia ditemui selamat tetapi hari ini hanya mayatnya ditemui. Walaupun sedih.. mak cik terima,” katanya. ― Bernama 



Sumber Mayat gadis kilang dibawa arus banjir ditemui


Demikianlah Artikel Mayat gadis kilang dibawa arus banjir ditemui

Sekianlah artikel Mayat gadis kilang dibawa arus banjir ditemui kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :