Hari Malaysia hari penyatuan negara bangsa

Hari Malaysia hari penyatuan negara bangsa - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Hari Malaysia hari penyatuan negara bangsa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hari Malaysia hari penyatuan negara bangsa
link : Hari Malaysia hari penyatuan negara bangsa

Baca juga


Hari Malaysia hari penyatuan negara bangsa

Semua kaum dan etnik di Malaysia bersatu menyambut 16 September sebagai hari penubuhan sebuah negara. ― Foto ReutersSemua kaum dan etnik di Malaysia bersatu menyambut 16 September sebagai hari penubuhan sebuah negara. ― Foto ReutersKUALA LUMPUR, 16 Sept ― Hari Malaysia yang dirai pada tanggal 16 Sept setiap tahun juga disambut sebagai hari penyatuan negara bangsa, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Beliau berkata ini kerana pada tarikh itu semua kaum dan etnik di Malaysia bersatu menyambutnya sebagai hari penubuhan sebuah negara.

“Sebagai rakyat, tentunya kita bangga dengan apa yang telah negara kita capai. Tarikh inilah Sabah, Sarawak dan Singapura bersama Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia.

“Setelah Singapura berpisah daripada Persekutuan pada 9 Ogos 1965, negara kita pesat membangun dan politik kita semakin stabil,” katanya melalui catatan di laman blog rasmi beliau, hari ini.

Salleh berkata faktor utama pencapaian di Malaysia kerana negara mempunyai pemimpin hebat, politik persekutuan yang sihat dan hubungan rakyat yang rapat walaupun dipisahkan oleh Laut Cina Selatan dan etnik yang pelbagai.

Beliau berkata sebagai contoh dalam bidang politik, negara berupaya mengekalkan kestabilan dan keselamatan politik serta kedaulatannya. 

“Kita juga bukan lagi pemain politik lokal atau serantau. Politik kita telah melangkah ke dunia global.

“Baru sahaja pemimpin kita pulang dari Amerika dan London kerana bertemu (Presiden Donald) Trump dan (Perdana Menteri Britain) Theresa May untuk membincangkan soal pembangunan ekonomi dan keselamatan dunia,” katanya.

Sehubungan itu Salleh menyeru semua rakyat supaya merapatkan lagi barisan sebagai sebuah negara bangsa dan menjadi negara yang lebih cemerlang di masa depan.

“Hari ini, kita sudah menjadi bangsa Malaysia yang hebat kerana sudah boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa maju lain di dunia. Tahniah Malaysia,” kata Salleh. ― Bernama 



Sumber Hari Malaysia hari penyatuan negara bangsa


Demikianlah Artikel Hari Malaysia hari penyatuan negara bangsa

Sekianlah artikel Hari Malaysia hari penyatuan negara bangsa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :