Malaysia terima limpahan 1.8 juta pelancong Thailand tahun lepas

Malaysia terima limpahan 1.8 juta pelancong Thailand tahun lepas - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Malaysia terima limpahan 1.8 juta pelancong Thailand tahun lepas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia terima limpahan 1.8 juta pelancong Thailand tahun lepas
link : Malaysia terima limpahan 1.8 juta pelancong Thailand tahun lepas

Baca juga


Malaysia terima limpahan 1.8 juta pelancong Thailand tahun lepas

BANGKOK: Kira-kira 1.8 juta pelancong dari Thailand melawat Malaysia tahun lepas, meningkat 32.5 peratus berbanding tempoh sama pada 2015, menurut Tourism Malaysia Thailand.

Trend pertumbuhan kukuh dalam ketibaan pelancong dari Thailand dijangka berterusan tahun ini, kata pengarahnya Abdul Haris Hadi.

"Dari Januari hingga Julai tahun ini, jumlah kedatangan pelancong dari Thailand ke Malaysia mencatatkan peningkatan 9.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas," katanya pada seminar pelancongan bagi media dan ejen pelancongan tempatan anjuran Tourism Malaysia Thailand di Hatyai, selatan Thailand, baru-baru ini.

Beliau berkata secara keseluruhan, Malaysia merekodkan peningkatan empat peratus dalam jumlah ketibaan pelancong tahun lepas iaitu 26.7 juta orang, menjana hasil daripada pelancongan sebanyak RM82.1 bilion bagi negara itu.

Pada 2015, negara menerima hasil daripada pelancongan sebanyak RM69.1 bilion.

Abdul Haris berkata menerusi seminar berkenaan, pihaknya berharap untuk menjalin dan memperkukuhkan hubungan di kalangan media serta peserta industri di seluruh Thailand dan di wilayah selatan seperti Hatyai, Songkla dan bandar lain.

Seminar itu akan memberi maklumat terkini kepada media dan ejen pelancongan tempatan berkaitan produk pelancongan terbaharu serta tempat menarik di Malaysia selain mewujudkan pakej pelancongan menggunakan pelbagai kaedah pengangkutan, katanya.

Beberapa pegawai kanan daripada ibu pejabat Tourism Malaysia di Putrajaya dan Keretapi Tanah Melayu Berhad turut menyampaikan ceramah dalam seminar sehari itu.

-- BERNAMA



Sumber Malaysia terima limpahan 1.8 juta pelancong Thailand tahun lepas


Demikianlah Artikel Malaysia terima limpahan 1.8 juta pelancong Thailand tahun lepas

Sekianlah artikel Malaysia terima limpahan 1.8 juta pelancong Thailand tahun lepas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: