Jun Hoong lebih selesa berlatih di China

Jun Hoong lebih selesa berlatih di China - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Jun Hoong lebih selesa berlatih di China, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jun Hoong lebih selesa berlatih di China
link : Jun Hoong lebih selesa berlatih di China

Baca juga


Jun Hoong lebih selesa berlatih di China

BANGI: Juara terjun dunia, Cheong Jun Hoong berkata dia lebih selesa menjalani latihan di China, meskipun mengakui Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, dekat sini, mempunyai kemudahan yang mencukupi.

Pemenang emas acara 10 meter (m) platform wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest pada Julai lalu itu berkata, kemudahan di negara berkenaan bagaimanapun lebih lengkap berbanding di sini.

"Bagi saya secara peribadi, lebih baik jika latihan diteruskan di China kerana kami akan lebih fokus manakala latihan dan proses pemulihan lebih konsisten serta tidak banyak gangguan.

"Jurulatih belum maklumkan bila kami akan kembali ke China tetapi dia yang akan uruskan segala-galanya. Saya hanya akan ikut arahan selain memberikan tumpuan untuk pelajaran," katanya selepas majlis penyampaian insentif kecemerlangan atlet Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, sebentar tadi.

Pada majlis itu, seramai 75 atlet universiti berkenaan menerima penghargaan atas pelbagai kejayaan di dalam dan luar negara membabitkan insentif keseluruhan berjumlah RM76,200.

Jun Hoong, 27, menerima insentif tertinggi iaitu sebanyak RM10,700 selain geran mobiliti RM10,000 atas kejayaannya pada Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest selain Piala Asia dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Penerima lain adalah penerjun senior negara, Leong Mun Yee, Johnathan Wong Guanjie (menembak), Muhammad Hakimi Ismail dan Zaidatul Husniah Zulkifli (olahraga).

Jun Hoong yang menuntut dalam jurusan Bacelor Komunikasi berkata dia tidak mahu meletakkan sebarang sasaran menjelang Kejohanan Terjun Grand Prix (GP) FINA 2017 di Pusat Akuatik Nasional pada 26 hingga 29 Oktober ini kerana masih dibelenggu masalah kecederaan belakang.

Dia kini turut mempersiapkan diri untuk menghadapi temasya Sukan Asia di Indonesia dan Sukan Komanwel, Gold Coast, Australia pada tahun depan.



Sumber Jun Hoong lebih selesa berlatih di China


Demikianlah Artikel Jun Hoong lebih selesa berlatih di China

Sekianlah artikel Jun Hoong lebih selesa berlatih di China kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :