Firdaus Zonis sedia sertai pasukan elit jika dipanggil

Firdaus Zonis sedia sertai pasukan elit jika dipanggil - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Firdaus Zonis sedia sertai pasukan elit jika dipanggil, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Firdaus Zonis sedia sertai pasukan elit jika dipanggil
link : Firdaus Zonis sedia sertai pasukan elit jika dipanggil

Baca juga


Firdaus Zonis sedia sertai pasukan elit jika dipanggil

NILAI: Pelumba negara Muhamad Firdaus Mohd Zonis sedia menyertai skuad berbasikal elit negara sekiranya diberikan peluang.

Muhamad Firdaus, 21, yang menjadi jurumudi kepada atlet berbasikal trek para negara, Muhammad Amin Najmi Romzi bagi kategori 4,000m kejar-mengejar individu (B), berkata setakat ini beliau akan menjalani latihan dengan atlet para.

"Buat masa ini, saya akan bersama skuad berbasikal trek para dan menaikkan nama saya semula," semula," katanya kepada pemberita selepas berakhirnya acara berbasikal trek pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) KL2017 di Velodrom Nasional, di sini, pada Isnin.

Pada acara itu, Muhamad Firdaus dan gandingan Muhammad Amin Najmi yang menaiki basikal tandem meraih emas selepas menewaskan rakan senegara Muhamad Afiq Afify Rizan/Muhammad Khairul Adha Rasol untuk perak manakala gangsa milik pelumba Singapura, Jessen Ng Hang Siew/Sim Calvin Teck Kwang.

Mengulas mengenai perlumbaan hari ini, Muhammad Firdaus, yang juga pemegang tiga pingat emas Kejohanan Trek Asia ,berkata beliau dan Muhammad Amin Najmi baru enam bulan digandingkan sebelum APG.

"Cabaran jadi jurumudi ini mental kena kuat sebab kita bawa orang yang kurang upaya yang mana kita tak tahu keadaan dia kita yang harus sentiasa mengawal.

"Alhamdulillah, dia dengar cakap saya dan apa yang saya ajar dia buat selain strategi yang telah diberikan jurulatih kepada kami. Saya bercakap dengan Amin bahawa selagi kerja belum habis, loceng belum berbunyi, kita kena buat habis-habisan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata emas yang dimenanginya hari ini didedikasikan kepada ayahnya Mohd Zonis Mokhtar dan mengikuti jejak langkah adiknya Muhammad Fadhil yang menghadiahkan emas menerusi acara berbasikal trek iaitu pecut berpasukan pada temasya Sukan SEA ke-29, 28 Ogos lepas juga di Velodrom Nasional Nilai.

Skuad berbasikal trek para negara pamer aksi cemerlang apabila menyapu bersih 12 emas dalam semua acara yang dipertandingkan selama dua hari itu.

-- BERNAMA



Sumber Firdaus Zonis sedia sertai pasukan elit jika dipanggil


Demikianlah Artikel Firdaus Zonis sedia sertai pasukan elit jika dipanggil

Sekianlah artikel Firdaus Zonis sedia sertai pasukan elit jika dipanggil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :