Elak dipolitik, pastikan RM150b pelaburan China ‘tiris’ untuk rakyat

Elak dipolitik, pastikan RM150b pelaburan China ‘tiris’ untuk rakyat - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Elak dipolitik, pastikan RM150b pelaburan China ‘tiris’ untuk rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Elak dipolitik, pastikan RM150b pelaburan China ‘tiris’ untuk rakyat
link : Elak dipolitik, pastikan RM150b pelaburan China ‘tiris’ untuk rakyat

Baca juga


Elak dipolitik, pastikan RM150b pelaburan China ‘tiris’ untuk rakyat

Dr Muhammad Asri Mohd Ali menyifatkan pelaburan besar dari China menunjukkan negara tembok besar itu mempercayai kestabilan ekonomi Malaysia. — Foto oleh Zulyana RahmanDr Muhammad Asri Mohd Ali menyifatkan pelaburan besar dari China menunjukkan negara tembok besar itu mempercayai kestabilan ekonomi Malaysia. — Foto oleh Zulyana RahmanSERDANG, 14 Sept — Pelaburan besar dari China perlu dipastikan memberi manfaat kepada kontraktor dan warga tempatan, gesa seorang ahli akademik.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya berkata hasil pelaburan China perlu dinikmati rakyat tempatan agar tidak dipolitikkan pada masa depan.

“Akhir-akhir ini banyak pelaburan besar datang dari China, lebih kurang RM150 bilion dilaburkan di negara kita.

“Persoalannya adakah ‘ketirisan’ projek ini akan mengalir kepada kontraktor, penduduk atau pekerja tempatan?

“Atau adakah ia dibolot oleh semua kontraktor yang datang dari negara luar? Sekiranya itu berlaku, akan timbul masalah tidak puas hati,” kata Dr Muhammad Asri Mohd Ali.

Beliau berkata demikian ketika wacana ilmuwan sempena sambutan Hari Malaysia Majlis Profesor Negara (MPN) di sini semalam.

Naib Canselor UPM Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris (tengah) bergambar bersama ahli panel dan moderator wacana ilmuwan semalam. — Foto oleh Zulyana RahmanNaib Canselor UPM Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris (tengah) bergambar bersama ahli panel dan moderator wacana ilmuwan semalam. — Foto oleh Zulyana RahmanAsri berkata MPN dan universiti tempatan perlu memastikan hasil pelaburan besar China tidak dibawa pulang kontraktor asing.

“Menjadi tanggungjawab MPN memastikan pelaburan besar ini, ‘ketirisannya’ berlaku kepada masyarakat.

“Bukan dibolot sesetengah pihak agar tidak menjadi isu politik pada masa akan datang,” katanya.

Felo penyelidik MPN itu juga menyeru rakyat tempatan tidak terikut-ikut dengan aktiviti politik yang boleh memberi dampak kepada pelaburan asing.

“Kita berdepan dengan suasana global di mana pelabur bukan tertumpu di negara kita saja.

“Bila mereka datang, mereka perlukan tapak yang kukuh, masyarakat yang stabil dan politik yang kuat untuk mendapat kembali modal mereka.

“Kalau itu yang kita gambarkan kepada masyarakat antarabangsa, ini akan menjejaskan peluang kita ke arah ekuiti yang saksama,” katanya.

Asri berkata pelaburan besar dari China menunjukkan negara tembok besar itu mempercayai kestabilan ekonomi Malaysia.

Projek-projek besar melibatkan pelaburan China di negara ini termasuklah Forest City di Johor, pembinaan pelabuhan di Kuantan dan landasan keretapi ke Kuala Lumpur-Kota Baru.



Sumber Elak dipolitik, pastikan RM150b pelaburan China ‘tiris’ untuk rakyat


Demikianlah Artikel Elak dipolitik, pastikan RM150b pelaburan China ‘tiris’ untuk rakyat

Sekianlah artikel Elak dipolitik, pastikan RM150b pelaburan China ‘tiris’ untuk rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :