Judul : Duke terpaksa lupakan ARC
link : Duke terpaksa lupakan ARC
Duke terpaksa lupakan ARC
KUALA LUMPUR: Skuad negara menerima tamparan hebat menjelang Kejuaraan Divisyen Utama Ragbi Asia (ARC) selepas kehilangan tonggak utama K Dinesvaran kerana masalah kecederaan.
Pemain Yamaha Jubilo itu mengalami patah lengan kanan sewaktu beraksi menentang Panasonic Wild Knights dalam Liga Jepun pada 24 Disember lalu.
Dinesvaran kini dijangka diketepikan selama lima bulan dan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mengesahkan dia mungkin terpaksa diketepikan untuk skuad ARC.
Kejohanan ARC yang dianggap sebagai saingan tertinggi di Asia bermula pada 28 April hingga 26 Mei depan.
Insiden itu menyaksikan dia kembali ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital KPJ Damansara.
Ketua jurulatih negara, Lee Nyuk Fah mengakui ia bukannya mudah untuk menggantikan Dinesvaran yang menjadi tonggak utama sejak beberapa musim lalu.
"Ia satu kehilangan besar buat pasukan negara," kata Nyuk Fah ketika dihubungi hari ini.
"Dia amat berpengalaman dan adalah seorang pemimpin pasukan sejak beraksi secara profesional di Jepun.
"Dia memiliki saiz badan yang tegap, pantas dan mental yang kuat sekali gus menjadi aset utama pasukan."
"Dari segi pengganti, saya sudah memikirkan beberapa pemain dan akan memutuskannya bergantung kepada situasi."
Dinesvaran, yang dikenali sebagai Duke, menyertai Jubilo pada 2013 dan menjadi pemain kedua kelahiran Malaysia melebarkan karier ke Jepun selepas Marc Le.
Sumber Duke terpaksa lupakan ARC