Duta Global AIA, David Beckham Kongsi Rahsia

Duta Global AIA, David Beckham Kongsi Rahsia - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Duta Global AIA, David Beckham Kongsi Rahsia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Duta Global AIA, David Beckham Kongsi Rahsia
link : Duta Global AIA, David Beckham Kongsi Rahsia

Baca juga


Duta Global AIA, David Beckham Kongsi Rahsia

Duta Global AIA, David Beckham Kongsi Rahsia

David Beckham, duta global AIA. (Pic: Chempaka Nur Iman)

Semakin tampak segak pada usia 42 tahun, kunjungan personaliti bola sepak dunia, David Beckham di Kuala Lumpur, baru-baru ini tentu saja membangkitkan rasa teruja ramai.

Melihat kelibat Duta Global AIA itu melangkah ke pentas utama Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), bergema jeritan kira-kira 2,000 pengunjung program Kempen AIA Healthy Living.

Keluarga adalah segalanya.

Beckham diterbangkan AIA Malaysia ke negara ini bagi memenuhi jadual kempen jelajah Asia Pasifik selepas singgah di Hong Kong, Korea Selatan dan Singapura.

Mahu tahu bagaimana suami kepada Victoria atau Posh Spice Girls ini menjaga kesihatan dan mengekalkan daya tarikan fizikalnya?

Masa terluang dihabiskan dengan anak-anak.

Terdahulu, menerusi perkahwinannya dengan bekas anggota Spice Girls yang dikahwini pada 1999 itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Brooklyn, Romeo James, Cruz dan Harper Seven.

Nah, di bawah adalah rahsia bapa kepada empat cahaya mata itu memenuhi jadual harian yang sentiasa padat dengan acara.

Gemar aktiviti lasak.

• berjalan kali – Aktiviti rutin menghantar anak ke sekolah kebiasaannya dilakukan hanya dengan berjalan kaki. Bukan sekadar berpeluang, hubungan bapa-anak juga menjadi lebih erat kerana mereka banyak berbual apa jua perkara sepanjang perjalanan.

• memasak – Menyediakan hidangan keluarga dengan memasak sendiri di rumah membolehkannya memilih bahan terbaik untuk keluarga. Sudah tentu bekas pemain Manchester United, Real Madrid dan LA Galaxy itu cuba melebihkan sayur-sayuran. Akuinya Posh dan anak-anak menggemari air tanggannya terutama hidangan ikan yang disediakan.

Beriadah sekeluarga.

• berlari – Rutin sejak mula menceburi dunia bola sepak pada usia seawal 11 tahun sudah menjadi amalannya sejak dulu berbanding senaman di gymnasium. Beckham lebih selesa berlari sambil menghirup udara segar.

• mendaki – Setiap kali cuti musim panas di Los Angeles, mereka sekeluarga gemar menikmati pemandangan indah dengan mendaki bukit. Aktiviti menyeronokkan itu kebiasaannya dilakukan dua kali seminggu.

• nikmati makanan – Peluang mengembara ke negara orang demi tuntutan tugas membuatkannya dapat mencuba makanan tradisi sesebuah negara. Cuma, pengambilan sesuatu hidangan adalah secara berpada-pada. Dalam kunjungan ke Kuala Lumpur kali ini dia mencuba nasi lemak dalam tiga versi. Lazat pujinya!

Elak stress.

• ganti makanan segera dengan versi sayuran – Sebagai bapa kepada kepada anak-anak yang masih kecil dan ada yang sudah meningkatkan remaja membuatkan Beckham kadang kala kalah dengan permintaan mereka. Seperti kanak-kanak lain mereka mahu menikmati makanan segera terutama kentang goreng. Akuinya, kebiasaannya dia akan menggantikan kentang dengan sayuran lain dan memasaknya sendiri di rumah hasil daripada resipi yang dipelajarinya.

• elak stress – Sentiasa mengimbangi kehidupan sebaik mungkin dengan mengelakkan stress atau tekanan dengan melakukan perkara yang digemari. Lebihkan masa berkualiti bersama keluarga kerana itu dirasakan sebagai terapi paling bagus.

• senaman bukan untuk badan cantik - Sentiasa ingat bahawa bersenam bukan sekadar untuk tubuh badan atau fizikal sempurna. Paling utama adalah berasa cergas dan bertenaga.



Sumber Duta Global AIA, David Beckham Kongsi Rahsia


Demikianlah Artikel Duta Global AIA, David Beckham Kongsi Rahsia

Sekianlah artikel Duta Global AIA, David Beckham Kongsi Rahsia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: