Judul : ‘Dobi Islam’ amalan sempit ke arah ekstrem, kata Dr Asri
link : ‘Dobi Islam’ amalan sempit ke arah ekstrem, kata Dr Asri
‘Dobi Islam’ amalan sempit ke arah ekstrem, kata Dr Asri
Kedai dobi yang didakwa khas untuk orang Islam sahaja dikritik kebanyakan masyarakat Islam. — Foto ihsan Facebook/Kelab Info MalaysiaPETALING JAYA, 25 Sept — Perusahaan kedai dobi khas untuk pelanggan muslim di Muar, Johor amalan yang sempit, kata Datuk Mohd Asri Zainul Abidin
Mufti Perlis itu berkata kedai itu tidak sesuai untuk masyarakat majmuk dan bertentangan dengan sifat Islam yang memudahkan, lapor MalaysiaKini.
“Semua pandangan yang sempit seperti ini akan membawa negara kita ke arah ekstremisme dan hilang imbangan untuk hidup dalam masyarakat pelbagai agama dan budaya,” katanya.
Gambar tertera papan tanda tertulis: “Dobi ini hanya menerima pelanggan beragama Islam sahaja atas faktor kesucian”, menular di media sosial.
Mohd Asri menggesa umat Islam memilih hukum fikah yang mudah dan praktikal serta tidak membuat andaian berlebihan hingga menyusahkan kehidupan.
“Jika asal sesuatu bahan itu bersih, tidak zahir padanya najis sama ada dari segi warna, bau ataupun rasa, maka ia dikira bersih.
“Andaian yang berlebihan sehingga menyusahkan kehidupan bukan ajaran Nabi Muhammad yang mudah dan memudahkan kehidupan manusia,” katanya.
Sumber ‘Dobi Islam’ amalan sempit ke arah ekstrem, kata Dr Asri