Sebulan untuk bomba periksa semua maahad tahfiz

Sebulan untuk bomba periksa semua maahad tahfiz - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Sebulan untuk bomba periksa semua maahad tahfiz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sebulan untuk bomba periksa semua maahad tahfiz
link : Sebulan untuk bomba periksa semua maahad tahfiz

Baca juga


Sebulan untuk bomba periksa semua maahad tahfiz

Kebakaran yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyahpada pada 14 September 2017 mendapat perhatian ramai. — Foto Bernama Kebakaran yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyahpada pada 14 September 2017 mendapat perhatian ramai. — Foto Bernama CAMERON HIGHLANDS, 25 Sept ― Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memerlukan masa sekurang-kurangnya sebulan bagi membuat pemeriksaan dan mengesan permasalahan semua maahad tahfiz berdaftar di seluruh negara.

Tanpa menyatakan jumlah sebenar Maahad Tahfiz berdaftar, ketua pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata jabatan berkenaan turut memberi maklum balas kepada kabinet dari semasa ke semasa mengenai perkara berkaitan.

Pada masa sama, katanya, pihak jabatan menghadapi kesukaran mendapatkan maklumat dalam mengesan Maahad Tahfiz tidak berdaftar di seluruh negara bagi pemeriksaan keselamatan bangunan.

“Oleh itu, kita minta semua pihak termasuk Jabatan Agama Islam supaya menyalurkan maklumat berkaitan Maahad Tahfiz yang tidak berdaftar bagi mengelak insiden di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah daripada berulang.

“Kita akui memang terdapat kesukaran. Ini kerana senarai maahad yang tidak berdaftar tiada dalan rekod Jabatan Agama Islam dan sememangnya kita memerlukan masa,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Ringlet.

Majlis itu disempurnakan exco perumahan dan perbandaran negeri Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Mohd Nor berkata sebanyak 15 balai bomba baharu di seluruh negara termasuk di Ringlet telah dan akan beroperasi tahun ini.

Balai Ringlet merupakan balai bomba ke-23 yang dibina di Pahang dan pada asalnya merupakan tapak Rela sebelum dinaik taraf dengan kos hampir RM500,000 untuk pembinaan bangunan.

Balai itu juga memberi khidmat kepada kawasan sekitar Ringlet, sempadan Perak (Jalan Tapah-Cameron Highlands); sempadan Lipis (Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands) dan kampung-kampung Orang Asli di Mukim Ringlet dan Mukim Ulu Telum.

Mengenai balai berkenaan, Wan Mohd Nor berkata ia dapat memendekkan tempoh bertindak  memandangkan balai bomba terdekat sebelum ini adalah di Brinchang yang memakan masa lebih 30 minit untuk sampai ke Ringlet.

Sementara itu, Wan Rosdy yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelai berkata pihaknya akan memohon pembinaan satu balai bomba di Felda Sungai Koyan memandangkan pembangunan di kawasan itu semakin pesat. ― Bernama



Sumber Sebulan untuk bomba periksa semua maahad tahfiz


Demikianlah Artikel Sebulan untuk bomba periksa semua maahad tahfiz

Sekianlah artikel Sebulan untuk bomba periksa semua maahad tahfiz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :