Judul : 8 tahun kahwin belum dikurniakan zuriat, Emelda Rosemila redha namun ikhtiar tak pernah berhenti
link : 8 tahun kahwin belum dikurniakan zuriat, Emelda Rosemila redha namun ikhtiar tak pernah berhenti
8 tahun kahwin belum dikurniakan zuriat, Emelda Rosemila redha namun ikhtiar tak pernah berhenti
KUALA LUMPUR: Lapan tahun berkahwin namun belum dikurniakan zuriat.
Pelakon, Emelda Rosemila tidak pernah berputus asa berikhtiar menimang cahaya mata sendiri.
Akui isteri kepada pelakon, Adlin Aman Ramlie itu, dia dan suami reda dalam soal zuriat biarpun persoalan itu sering diaju kenalan dan sanak-saudara terutama apabila bertemu pada musim perayaan seperti Aidiladha ini.
“Saya tidak kisah jika belum ada rezeki menimang cahaya mata. Soal zuriat, kita serah bulat-bulat kepada Tuhan.
“Andai tiada rezeki selepas berusaha, saya tak kisah termasuk jika mahu mengambil seorang lagi anak angkat. Isu anak sendiri ini bukanlah tekanan besar buat saya.
“Memanglah kami mahu cahaya mata sendiri, sekurang-kurangnya seorang. Tapi kalau bukan rezeki, kami reda. Namun, ikhtiar itu tak pernah terhenti,” katanya kepada BH Online.
Emelda yang mengusahakan jenama fesyen Emeldarose memberitahu, keseronokan mengasuh Edra Rafael yang sudah berusia enam tahun, mendorong dia dan suami berusaha mendapatkan darah daging sendiri.
Mengenai perniagaan jenama fesyennya, Emelda teruja bercerita mengenai penyertaan Emeldarose di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2017.
“Ini kali ketiga saya menyertai KLFW dan mengukuhkan lagi jenama Emeldarose. Bidang fesyen memang dekat di hati saya sama seperti wanita lain,” katanya.
Emelda yang akan terbabit dengan telefilem di bawah projek Karya 12 arahan Tunku Mona, berkahwin dengan Adlin pada 2009.
Sumber: Bharian
Sumber 8 tahun kahwin belum dikurniakan zuriat, Emelda Rosemila redha namun ikhtiar tak pernah berhenti