“Saya bagaikan hadir untuk membeli hidup, membayar RM200 untuk hidup satu hari lagi,membeli dengan penuh rasa sakit, pening dan keletihan. Pilihlah untuk tidak rosak buah pinggang”

“Saya bagaikan hadir untuk membeli hidup, membayar RM200 untuk hidup satu hari lagi,membeli dengan penuh rasa sakit, pening dan keletihan. Pilihlah untuk tidak rosak buah pinggang” - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang “Saya bagaikan hadir untuk membeli hidup, membayar RM200 untuk hidup satu hari lagi,membeli dengan penuh rasa sakit, pening dan keletihan. Pilihlah untuk tidak rosak buah pinggang”, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Saya bagaikan hadir untuk membeli hidup, membayar RM200 untuk hidup satu hari lagi,membeli dengan penuh rasa sakit, pening dan keletihan. Pilihlah untuk tidak rosak buah pinggang”
link : “Saya bagaikan hadir untuk membeli hidup, membayar RM200 untuk hidup satu hari lagi,membeli dengan penuh rasa sakit, pening dan keletihan. Pilihlah untuk tidak rosak buah pinggang”

Baca juga


“Saya bagaikan hadir untuk membeli hidup, membayar RM200 untuk hidup satu hari lagi,membeli dengan penuh rasa sakit, pening dan keletihan. Pilihlah untuk tidak rosak buah pinggang”

Baru-baru ini status seorang pesakit buah pinggang yang terpaksa ‘membeli’ hidup di hospital pada malam-malam Ramadan menarik perhatian netizen apabila postingnya di laman media sosial menjadi tular.

Posting bekas pengetua sekolah, Abd. Ghani Haron di akaun Facebook mendedahkan tentang ujian getir yang terpaksa dilalui oleh kebanyakan pesakit buah pinggang kerana terpaksa bergantung dengan mesin dialisis bagi meneruskan hidup.

Menurut kenyataan yang dimuat naik pada Isnin lalu, Abd. Ghani terpaksa menukar jadual dialisis yang biasa dilakukan pada pukul 9 pagi kepada sebelah malam kerana ingin menjalankan ibadah puasa pada siang hari.

“Saya khuatir tidak dapat berpuasa ketika dailisis kerana pening dan keletihan, jadi dibuat waktu malam.

“Ketika orang berduyun ke masjid, majlis berbuka, saya dihantar oleh isteri ke Hospital Metro.

“Sendirian berbuka, bersolat Maghrib dan menyerah lengan dikerusi dialisis kepada misi (jururawat) untuk dicucuk dua jarum sebesar dawai pagar untuk memulakan dialisis.

“Sakitnya tidak perlu dibicara lagi, ia mandatori, tidak boleh tidak,” luahnya melalui posting berkenaan.

Kata Abd. Ghani, dia terpaksa memilih kerusi dialisis dan mengorbankan solat tarawih demi menunaikan ibadah puasa.

Rutin tersebut akan dilalui oleh Abd. Ghani sebanyak 13 kali sepanjang Raman berlangsung memandangkan rawatan bagi menghilangkan sisa terbuang daripada berkumpul dalam badannya itu perlu dilakukan selang sehari.

“Saya bagaikan hadir untuk membeli hidup, membayar RM200 untuk hidup satu hari lagi,membeli dengan penuh rasa sakit, pening dan keletihan. Pilihlah untuk tidak rosak buah pinggang.

“Pengambilan gula yang berlebihan telah menyebabkan kencing manis dan pengambilan ubat yang lama pula telah merosakkan buah pinggang,” ujarnya.

Walaupun Abd. Ghani menyalahkan diri sendiri terhadap apa yang berlaku, namun dia berazam untuk tidak mengalah dan terus berjuang untuk hidup.

Jelasnya, dia terpaksa mengharungi kesakitan yang telah meragut segala keindahan dalam hidupnya walaupun membayar dengan harga yang mahal.

Setakat ini, posting tersebut sudah dikongsikan sebanyak 1,928 kali dan mendapat 6,600 likes.

Sementara itu, bagi Khairul Shazwali Taib, 31, sambutan Ramadan kali ini merupakan pengalaman kali pertama buatnya yang terpaksa menjalani rawatan dialisis semasa berpuasa.

 

Anak dan isteri menjadi sumber kekuatan utama Khairul Shazwali bagi melawan penyakitnya.

Pemuda yang bekerja sebagai jurutera di syarikat pengeluaran multinasional itu berkata,  rawatan dialisis tersebut terpaksa dilakukan sebanyak empat kali sehari.

“Ketika mula-mula disahkan mengalami kegagalan buah pinggang pada tahun lalu, saya tidak menyangka bahawa kehidupan akan berubah 360 darjah.

“Saya tidak lagi boleh buat kerja-kerja berat dan menunaikan ibadat solat serta berpuasa seperti biasa, selain terpaksa berpantang dalam memilih makanan,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Katanya, dia perlu membelanjakan sebanyak RM500 sebulan untuk membeli ubat-ubatan termasuk kos sampingan rawatan tersebut.

Khairul Shazwali berkata, kos sebenar rawatan dialisis di luar boleh mencecah hingga RM4,000 sebulan.

Bagaimanapun, dia bersyukur apabila berpeluang menjalani rawatan tersebut di rumah kerana menerima mesin dialisis yang diberikan secara subsidi oleh kerajaan.

Tambah bekas atlet ragbi itu, dia berharap agar orang ramai melakukan pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap supaya dapat melakukan pencegahan awal terhadap penyakit kritikal.

Menurutnya (gambar), sebagai bekas ahli sukan, dia sering menjaga pemakanan dan melakukan senaman kesihatan, namun masalah kegagalan buah pinggang yang dialaminya merupakan kes rambang dan bukannya disebabkan oleh genetik atau faktor pemakanan.

 

Sumber: Mstar



Sumber “Saya bagaikan hadir untuk membeli hidup, membayar RM200 untuk hidup satu hari lagi,membeli dengan penuh rasa sakit, pening dan keletihan. Pilihlah untuk tidak rosak buah pinggang”


Demikianlah Artikel “Saya bagaikan hadir untuk membeli hidup, membayar RM200 untuk hidup satu hari lagi,membeli dengan penuh rasa sakit, pening dan keletihan. Pilihlah untuk tidak rosak buah pinggang”

Sekianlah artikel “Saya bagaikan hadir untuk membeli hidup, membayar RM200 untuk hidup satu hari lagi,membeli dengan penuh rasa sakit, pening dan keletihan. Pilihlah untuk tidak rosak buah pinggang” kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: