Judul : Pegawai MAIJ dedah 8 halaman Al-Quran kosong bukan salah cetak tapi hilang
link : Pegawai MAIJ dedah 8 halaman Al-Quran kosong bukan salah cetak tapi hilang
Pegawai MAIJ dedah 8 halaman Al-Quran kosong bukan salah cetak tapi hilang
Seorang pegawai majlis agama Islam Johor (MAIJ) percaya lapan halaman al-Quran yang ‘kosong’ bukan kerana salah cetak.
Abdul Latif Juffri berkata naskhah itu dikhatam beberapa kali dan ditandatangani enam pelajar tahfiz sebagai bukti pembacaan, lapor Harian Metro.
“Menguatkan hujah mengenai kejadian itu adalah al-Quran berkenaan juga sering dibaca anak murid sekolah abang saya, malah mereka juga khatam dengan al-Quran sama.
“Namun ketika itu tidak berlaku kehilangan kandungan muka surat dalam naskhah kitab suci berkenaan hinggalah disedari pada Syawal lalu,” katanya.
Beliau berkata halaman yang kosong itu membabitkan empat surah dan disedari mereka 13 beradik pada sambutan Aidilfitri ini.
Katanya, mereka mengadakan marhaban dan tahlil di rumah keluarga di Kampung Parit Ismail, Parit Yaa’ni, Batu Pahat 25 Jun lalu.
Menolak andaian silap cetak sebagai punca, beliau percaya kejadian itu sebagai petunjuk kepada manusia semakin hampir akhir zaman.
Sumber: Projek MMO
Sumber Pegawai MAIJ dedah 8 halaman Al-Quran kosong bukan salah cetak tapi hilang