Judul : Sedihnya, bapa meninggal ketika nikahkan anak!
link : Sedihnya, bapa meninggal ketika nikahkan anak!
Sedihnya, bapa meninggal ketika nikahkan anak!
KAHERAH – Hasrat seorang bapa untuk menikahkan anak perempuannya tidak kesampaian apabila rebah dan meninggal dunia ketika majlis akad nikah di sebuah kampung di Manzala, di utara Mesir.
Saat ijab kabul pada kelaziman adalah satu simbolik untuk ayah pengantin perempuan untuk menyerahkan anaknya kepada si pengantin lelaki bagi memulakan kehidupan baharu sebagai pasangan suami isteri.
Al Arabiya melaporkan, majlis yang sepatutnya diraikan dengan kegembiraan bertukar duka apabila si ayah yang dikenali sebagai Mursi Khalil Salameh tiba-tiba rebah ketika majlis akad nikah anak perempuannya.
Rakaman video tersebut menjadi tular di media sosial apabila memaparkan keadaan sebenar ketika majlis tersebut diadakan dan Mursi yang rebah secara tiba-tiba sebelum tetamu yang hadir menjerit kerana terkejut.
Ia juga menyebabkan beberapa sanak saudara segera menerpa ke arahnya untuk memberi bantuan dan insiden yang tidak diduga itu kebetulan dirakam dalam bentuk video oleh salah seorang hadirin.
Mursi yang juga bekerja sebagai pegawai perkahwinan kemudian disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung oleh seorang doktor, menurut Al Arabiya.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Sedihnya, bapa meninggal ketika nikahkan anak!