Judul : “Sahaja aku berniat puasa kerana Malaysia” – Muslimah biseksual, pak nyah dan paderi
link : “Sahaja aku berniat puasa kerana Malaysia” – Muslimah biseksual, pak nyah dan paderi
“Sahaja aku berniat puasa kerana Malaysia” – Muslimah biseksual, pak nyah dan paderi
Bangsar, Kuala Lumpur: Pejuang hak LGBT, Lyana Khairuddin yang juga mengaku dirinya seorang biseksual menganjurkan kempen ‘Puasa untuk Malaysia 2017’ yang bakal diadakan pada 17 Jun ini, sebagai sebuah inisiatif bagi mengeratkan hubungan antara kaum dan agama di Malaysia.
Kempen ini dianjurkan bersama oleh Mitch Yusmar Yusof, aktivis Pak Nyah merangkap ahli Pertubuhan Kebajikan dan Persekitaran Positif Malaysia (SEED) dan Sivin Kit, seorang paderi di Bangsar Lutheran Church yang aktif melibatkan diri dengan kegiatan yang melibatkan belia-belia yang beragama Islam.
Aturcara dimulakan dengan bersahur bersama-sama di Pelita Bangsar pada pukul 4 pagi dan berkumpul untuk iftar jamai’e (buka puasa beramai-ramai) di Wondermama, Bangsar Village pada 6:45 petang.
Pihak penganjur juga mengharapkan mereka yang berada di luar kawasan Bangsar supaya dapat menganjurkan acara yang sama di tempat masing-masing. Mereka digalakkan untuk berkongsi gambar dan cerita mereka di media sosial dengan menggunakan hashtag #puasa4malaysia sebagai isyarat.
Sungguhpun matlamat puasa ini adalah demi Malaysia dan bukan kerana ketaatan seorang hamba kepada Allah S.W.T. namun hasrat murni ini telah mendapat sambutan dan galakan terutamanya dari aktivis LGBT dan aktivis hak kebebasan beragama di Malaysia. Ramai penyokong hak LGBT dan kebebasan beragama di Malaysia turut dijemput hadir bagi memeriahkan acara berpuasa kerana Malaysia.
Acara sahur akan diadakan secara terbuka di Pelita Bangsar pada jam 4 pagi 17 Jun 2017 dan acara berbuka puasa kerana Malaysia akan diadakan secara terbuka pada jam 6:45 petang di Wondermama, Bangsar Village bagi yang ingin bersama dengan kumpulan ini nanti.
Orang ramai dijemput berniat puasa kerana Malaysia bersama-sama kumpulan ini pada hari program nanti, ketika umat Islam yang lain berpuasa kerana Allah di seluruh negara.
Sumber: Menara.my
Sumber “Sahaja aku berniat puasa kerana Malaysia” – Muslimah biseksual, pak nyah dan paderi