Judul : “Bangla lebih sayangkan saya”
link : “Bangla lebih sayangkan saya”
“Bangla lebih sayangkan saya”
Ranjau perjalanan sebagai saudara baru menunjukkan suatu realiti hidup kepada seorang anak muda dari Kemboja yang menemui hidayah di Malaysia.
Bekas penganut agama Buddha dan Kristian, Mohamad Ridhuan Abdullah, 28, yang berasal dari Phnom Penh, Kemboja melafaz dua kalimah syahadah pada tahun 2012 ketika bekerja di sebuah kilang pakaian di Batu Pahat, Johor.
Meskipun dikelilingi rakan sekerja berbangsa Melayu, Mohamad Ridhuan yang nama asalnya Cheng Mang, hanya berpeluang merasai kemanisan persaudaraan Islam daripada buruh binaan Bangladesh.
“Saya memeluk Islam pada hari Jumaat di hadapan seorang sahabat Melayu semasa waktu rehat di kantin kilang tempat saya bekerja menjahit pakaian, bagaimanapun selepas melafaz syahadah, saya sangat teringin untuk menunaikan solat Jumaat tetapi tidak dibenarkan rakan itu yang memberitahu saya belum ‘bersih’.
Menceritakan detik awal sebagai muslim, Mohamad Ridhuan yang merupakan sebahagian daripada 60 saudara baru dan pelajar Orang Asli yang sedang mengikuti pengajian asas Islam di pusat tersebut berkata, saat paling menyedihkannya adalah apabila kemaluannya berdarah semasa sahabat ‘Bangla’ keluar bekerja.
“Pendarahan berlaku dari pukul 9 pagi hingga pukul 1 tengah hari, saya hubungi rakan Melayu untuk meminta tolong tetapi dia pandang remeh dan hanya bertanya khabar semula pada tengah malam.
“Apabila kawan-kawan Bangladesh balik dari kerja dan melihat keadaan saya, mereka memujuk saya supaya berhenti menangis dan memberitahu Allah tidak akan bagi orang mati hanya disebab kan ‘bersunat’,” katanya.
Jelasnya lagi, dia bercuti 10 hari selepas berkhatan dan lukanya mengambil masa lebih sebulan untuk sembuh akibat tidak berpantang sempurna kerana perlu segera bekerja semula.
Mohamad Ridhuan berkata, sepanjang berada di rumah kongsi, dia dijaga dengan baik oleh kumpulan buruh Bangladesh tetapi mereka terputus hubungan selepas dia kembali ke Kemboja.
“Tahun pertama menjadi seorang Islam, saya dapat berpuasa penuh tetapi masih berdepan cabaran kerana tauke kilang jahit tidak membenarkan pekerja rehat panjang atau cuti kerap untuk menunaikan solat Jumaat.
“Saya terpaksa pulang semula ke Kemboja pada 2013 kerana masalah permit kerja dan akhirnya saya Islam hanya pada nama kerana kekangan keluarga dan masyarakat kampung yang marah saya bertukar agama,” katanya.
Bagaimanapun, Mohamad Ridhuan kemudiannya kembali semula ke Malaysia pada 2014 selepas dibuang ayahnya yang merupakan seorang pegawai bank yang turut memutuskan hubungan kekeluargaan dan hak mewarisi harta pusaka melalui perintah mahkamah.
Ketika itu, katanya, dia sudah berjaya mengumpul duit sehingga RM15,000 hasil bekerja di Phnom Penh kerana dari awal lagi berniat mahu kembali ke negara ini untuk mendalami ilmu agama di samping bercita-cita mahu mati dalam Islam.
“Sepanjang tiga tahun ini saya sudah banyak kali ditipu orang dan terpaksa keluar masuk sempadan selain pernah ditahan 100 hari di pusat tahanan Imigresen,” katanya.
Sumber: utusan
Sumber “Bangla lebih sayangkan saya”