Judul : Lelaki kemaruk seks masukkan 15 jarum jahit berkarat ke dalam kemaluan untuk capai kepuasan dan keseronokan, akhirnya terpaksa dikeluarkan doktor lepas air kencing berdarah
link : Lelaki kemaruk seks masukkan 15 jarum jahit berkarat ke dalam kemaluan untuk capai kepuasan dan keseronokan, akhirnya terpaksa dikeluarkan doktor lepas air kencing berdarah
Lelaki kemaruk seks masukkan 15 jarum jahit berkarat ke dalam kemaluan untuk capai kepuasan dan keseronokan, akhirnya terpaksa dikeluarkan doktor lepas air kencing berdarah
Beijing: Seorang lelaki yang kemaruk seks memasukkan 15 jarum jahit yang berkarat ke dalam kemaluannya, kononnya untuk mencapai keseronokan dan kepuasan lebih tinggi.
Akibatnya, kemaluannya dijangkiti kuman hingga menyebabkan air kencingnya mengandungi darah.
Lelaki berusia 35 tahun yang namanya tidak didedahkan itu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan jarum yang setiap satu sepanjang empat inci selepas di masukkan ke hospital minggu lalu.
Doktor Cao Zhiqiang yang merawat pesakit itu di sebuah hospital di bandar Shenyang di wilayah Liaoning di timur laut China berkata, lelaki itu memasukkan jarum berkenaan satu per satu sepanjang tahun lalu.
“Kesan daripada perbuatannya itu, dia mengalami jangkitan haematuria – darah dalam air kencing – dan kesakitan setiap kali membuang air kecil.
Menurut Zhiqiang, jarum itu kelihatan cerah ketika imbasan dilakukan dan ia memudahkannya dikeluarkan ketika pembedahan.
“Dia bernasib baik kerana jarum itu tidak bergerak ke pundi kencingnya. Jika itu berlaku, keadaan lelaki itu lebih teruk,” kata doktor berkenaan.
Lelaki itu kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan berkenaan. Dia mendapatkan rawatan di hospital itu selepas didesak keluarganya yang menggesa dia mendapatkan bantuan untuk menangani kegilaannya melakukan seks.
Sumber: Metro
Sumber Lelaki kemaruk seks masukkan 15 jarum jahit berkarat ke dalam kemaluan untuk capai kepuasan dan keseronokan, akhirnya terpaksa dikeluarkan doktor lepas air kencing berdarah