Judul : Keluarga Sufian Suhaimi merisik Elfira Loy
link : Keluarga Sufian Suhaimi merisik Elfira Loy
Keluarga Sufian Suhaimi merisik Elfira Loy
SELEPAS secara terbuka berkongsi hubungan yang terjalin, penyanyi Sufian Suhaimi menghantar keluarganya merisik pelakon Elfira Loy.
Sebagai simbolik pada majlis di Kuala Lumpur pada pagi Jumaat, Elfira menerima cincin tanda daripada pihak Sufian.
“Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan lancar. Tidak ada apa yang perlu disembunyikan lagi. Bagi saya ia perkara baik jadi doakan saja semuanya.
“Cuma buat masa sekarang belum ada sebarang perbincangan lanjut mengenai majlis perkahwinan. InsyaAllah jika sudah ada ketetapan kami pasti berkongsi kepada semua,” katanya kepada Harian Metro.
Sufian yang juga penyanyi lagu Terakhir berkata dia bersyukur apabila hubungannya dengan Elfira sejak empat bulan lalu direstui keluarga masing-masing.
“Majlis yang berlangsung membabitkan keluarga kedua belah pihak saja. Bukan majlis besar-besaran pun. Pada masa samakami sekeluarga datang untuk beraya.
“Memandangkan kedua belah keluarga merestui hubungan ini, saya berasa sudah sampai waktu untuk kami membawa hubungan ini ke satu tahap lagi,” katanya.
Ditanya adakah majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung tahun ini, Sufian menafikannya.
“Belum ada sebarang tarikh ditetapkan lagi,” katanya ringkas.
Sebelum ini Elfira menerima 23 kuntum bunga ros sempena sambutan hari lahirnya yang ke-23 pada Mac lalu.
Elfira kemudian membalas dengan mengajak Sufian menaiki helikopter sebagai kejutan sempena hari lahir penyanyi itu pada Mei lalu.
Sumber: Harian Metro
Sumber Keluarga Sufian Suhaimi merisik Elfira Loy