Judul : “Kaum lelaki tak pentingkan soal penampilan diri, jambang misai tak terurus lebih jijik lagi bulu hidung terkeluar” – Dr MAZA
link : “Kaum lelaki tak pentingkan soal penampilan diri, jambang misai tak terurus lebih jijik lagi bulu hidung terkeluar” – Dr MAZA
“Kaum lelaki tak pentingkan soal penampilan diri, jambang misai tak terurus lebih jijik lagi bulu hidung terkeluar” – Dr MAZA
KUALA LUMPUR – Islam menyuruh umatnya supaya menjaga penampilan diri di hadapan orang ramai supaya tidak kelihatan selekeh dan menjijikkan.
Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Islam juga menyuruh umatnya supaya berpakaian dan berkenderaan elok iaitu bersih dan kemas.
“Malang sekali khususnya kaum lelaki ada yang tidak mementingkan soal penampilan diri. Ada yang misai dan jambang tidak terurus.
“Lebih jijik lagi ada yang bulu hidung terkeluar dengan pandangan yang sangat tidak selesa bagi yang memandang,” katanya dalam satu kenyatan di Facebook hari ini.
Mohd. Asri turut menegur umat Islam yang badannya berbau, tidak memilih pakaian yang sesuai untuk diri dan memilih warna serta fesyen yang tidak sesuai untuk sesuatu majlis.
“Padahal termasuk dalam petunjuk Nabi S.A.W untuk `mengelokkan’ penampilan diri,” katanya.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber “Kaum lelaki tak pentingkan soal penampilan diri, jambang misai tak terurus lebih jijik lagi bulu hidung terkeluar” – Dr MAZA