Judul : Penduduk Labuan panik belalai air muncul
link : Penduduk Labuan panik belalai air muncul
Penduduk Labuan panik belalai air muncul
LABUAN – Fenomena belalai air yang terbentuk di perairan Labuan hari ini menimbulkan suasana panik dalam kalangan penduduk di pulau bebas cukai ini.
Kejadian itu berlaku tidak sampai 10 minit, namun ia cukup untuk menimbulkan rasa takut di kalangan beberapa penduduk pulau berkenaan.
Belalai air itu terbentuk di permukaan air beberapa ratus meter dari pantai pada pukul 11.45 pagi dan hilang tanpa mengakibatkan sebarang kerosakan.
Namun begitu, Pejabat Meteorologi Labuan dihujani dengan panggilan telefon daripada penduduk yang dilanda ketakutan.
Pengarahnya, Donis Gunting ketika dihubungi, berkata bahawa belalai air itu berlaku disebabkan ketidakstabilan dalam atmosfera.
“Insiden pagi ini hanya merupakan belalai air kecil,” katanya. Terdapat dua jenis belalai air iaitu belalai air kecil dan puting beliung.
Belalai air puting beliung didorong oleh pembentukan di atas air. Ia terjadi akibat hujan lebat serta ribut yang membentuk pusaran air.
Belalai air kecil bukan terbentuk daripada ribut. Tiupan anginnya sangat lemah dan lazimnya bergerak tidak terlalu jauh. – BERNAMA
Sumber: Mynewshub
Sumber Penduduk Labuan panik belalai air muncul