Judul : Stephen Hawking beri amaran manusia punyai masa 200 tahun sahaja untuk keluar dari bumi untuk hidup lebih lama
link : Stephen Hawking beri amaran manusia punyai masa 200 tahun sahaja untuk keluar dari bumi untuk hidup lebih lama
Stephen Hawking beri amaran manusia punyai masa 200 tahun sahaja untuk keluar dari bumi untuk hidup lebih lama
Ahli fizik terkemuka, Stephen Hawking mengingatkan bahawa manusia hanya mempunyai masa sehingga 200 hingga 500 tahun sahaja untuk keluar dari Bumi jika mahu hidup lebih lama.
Lapor Mail Online, Hawking berkata demikian pada acara Starmus Festival, sempena meraikan sains dan seni, di Trondheim, Norway baru-baru ini.
Selain itu, beliau juga membidas keputusan yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhubung isu perubahan iklim dunia.
“Saya tidak menafikan kepentingan menentang perubahan iklim dan pemanasan global. Tidak seperti Trump, yang hanya mengambil keputusan paling salah dan serius berhubung perubahan iklim,” jelas Hawking.
Justeru itu, Hawking menggesa negara-negara berkaitan untuk menghantar angkasawan ke Bulan menjelang 2020 dalam usaha untuk menyemarakkan semula penerokaan ruang angkasa.
Tambah Hawking, mereka juga perlu membina pangkalan di Bulan dalam masa 30 tahun dan menghantar orang ke Marikh menjelang 2025.
“Penjelajahan ke angkasa akan mengubah masa depan manusia. Saya harap ia akan menyatakan negara-negara yang bersaing dalam satu matlamat, untuk berdepan cabaran serupa,” ujarnya.
Sumber: Utusan Online
Sumber Stephen Hawking beri amaran manusia punyai masa 200 tahun sahaja untuk keluar dari bumi untuk hidup lebih lama