Mengamuk nak bunuh dua anak perempuan sebab bekas isteri tak pulang beraya

Mengamuk nak bunuh dua anak perempuan sebab bekas isteri tak pulang beraya - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Mengamuk nak bunuh dua anak perempuan sebab bekas isteri tak pulang beraya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mengamuk nak bunuh dua anak perempuan sebab bekas isteri tak pulang beraya
link : Mengamuk nak bunuh dua anak perempuan sebab bekas isteri tak pulang beraya

Baca juga


Mengamuk nak bunuh dua anak perempuan sebab bekas isteri tak pulang beraya

LELAKI ditahan polis selepas mengamuk dan mengugut mahu membunuh dua anak perempuannya berusia empat serta lima tahun di sebuah rumah di Kampung Suang Parai, Menggatal dekat Kota Kinabalu, semalam.

Mengamuk nak bunuh dua anak perempuan sebab bekas isteri tak pulang beraya

Mengamuk nak bunuh dua anak perempuan sebab bekas isteri tak pulang beraya

Dalam kejadian 5 petang itu, suspek berusia 30 tahun bertindak mengurung anaknya dan mengacukan pedang di leher mereka.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, polis menerima laporan daripada sepupu suspek bahawa lelaki itu mengurung anaknya di sebuah bilik di tingkat atas rumah.

“Suspek dipujuk sepupunya namun gagal. Dia kemudian terhidu bau asap dari bilik suspek dan ternampak lelaki itu membakar sesuatu di dalam bilik

 

“Pengadu juga nampak suspek mengacukan pedang samurai ke leher anaknya sambil menjerit supaya tidak masuk campur,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Chandra berkata, bimbang perkara tidak diingini, sepupu suspek segera menghubungi polis.

“Sepasukan polis yang tiba cuba memujuk suspek menyerah diri serta tidak mencederakan anak-anaknya.

“Polis juga mengepung lokasi kejadian dan beberapa minit kemudian, suspek membawa anaknya keluar dan menyerahkan dua beradik itu kepada seorang ahli keluarga,” katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak terbabit tidak cedera manakala suspek ditahan dan senjata seperti pedang samurai dan pisau pemotong sayur dirampas .

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan siasatan awal mendapati punca suspek mengamuk disebabkan kecewa kerana bekas isterinya yang berada di Johor tidak pulang berhari raya bersama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan membunuh,” katanya.

Sumber: Metro



Sumber Mengamuk nak bunuh dua anak perempuan sebab bekas isteri tak pulang beraya


Demikianlah Artikel Mengamuk nak bunuh dua anak perempuan sebab bekas isteri tak pulang beraya

Sekianlah artikel Mengamuk nak bunuh dua anak perempuan sebab bekas isteri tak pulang beraya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: