Judul : Salahkan Berdoa? CEO Air Asia Bidas Kenyataan Bekas Menteri, Pertahan Tindakan Juruterbangnya Minta Penumpang Berdoa
link : Salahkan Berdoa? CEO Air Asia Bidas Kenyataan Bekas Menteri, Pertahan Tindakan Juruterbangnya Minta Penumpang Berdoa
Salahkan Berdoa? CEO Air Asia Bidas Kenyataan Bekas Menteri, Pertahan Tindakan Juruterbangnya Minta Penumpang Berdoa
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X membidas kritikan ahli DAP Datuk Zaid Ibrahim terhadap juruterbang D7237 yang meminta penumpang berdoa ketika pesawat mengalami masalah.
Datuk Kamarudin Meranun berkata beliau juga akan melakukan perkara sama jika berada di tempat juruterbang itu.
Baca artikel sebelum: Kerosakan teknikal: Pesawat AirAsia dalam perjalanan ke KL bergegar seperti mesin basuh, terpaksa patah balik
“Apa salahnya berdoa dalam apa jua agama terutamanya ketia anda dalam kesempitan?” kata Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad itu dalam kenyataan di Facebook.
“Membuat kenyataan memang senang terutamanya ketika anda berada di darat. Situasi itu amat sukar, mendaratkan pesawat dan memastikan keselamatan semua penumpang, dan Alhamdulillah mereka berjaya.”
Zaid semalam dalam Twitter sambil menyindir menyarankan AirAsia mengupah imam dan paderi jika mahu berdoa dan tidak memberi harapan kepada penumpang.
“Saya lebih suka jika juruterbang tidak memberitahu bahawa ajal saya sudah tiba,” katanya dalam Twitter semalam.
Kelmarin pesawat dengan 359 penumpang yang dalam penerbangan dari Perth, Australia ke Kuala Lumpur mengalami masalah teknikal, dan terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth.
Sumber: Projek MMO
Sumber Salahkan Berdoa? CEO Air Asia Bidas Kenyataan Bekas Menteri, Pertahan Tindakan Juruterbangnya Minta Penumpang Berdoa