“Tak sangka insan bergambar dengan saya 18 tahun lalu adalah ‘tulang rusuk’ saya”

“Tak sangka insan bergambar dengan saya 18 tahun lalu adalah ‘tulang rusuk’ saya” - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang “Tak sangka insan bergambar dengan saya 18 tahun lalu adalah ‘tulang rusuk’ saya”, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Tak sangka insan bergambar dengan saya 18 tahun lalu adalah ‘tulang rusuk’ saya”
link : “Tak sangka insan bergambar dengan saya 18 tahun lalu adalah ‘tulang rusuk’ saya”

Baca juga


“Tak sangka insan bergambar dengan saya 18 tahun lalu adalah ‘tulang rusuk’ saya”

“TAK sangka insan yang bergambar dengan saya 18 tahun lalu itu adalah ‘tulang rusuk’ dan jodoh saya. Lebih manis kenangan terindah itu diambil ketika Aidilfitri,” kata Sith Ismail berhubung gambar bersama isterinya Siti Latifah Yunos, 28, yang diambil secara tidak sengaja ketika masing-masing berusia 9 dan 11 tahun.

Sith berkata, gambar berkenaan diambil ketika mereka menghadiri majlis ziarah marhaban di rumah rakannya di Kampung Separap, Batu Pahat, Johor.

Menurutnya gambar itu diambil secara spontan bersama sepupu dan beberapa lagi rakan mereka.

“Namun ketika itu masing-masing masih lagi kecil, langsung tidak fikir apa-apa apatah lagi jatuh cinta,” katanya.

Menurutnya, kewujudan gambar terbabit mula disedari pada 2015 selepas beberapa minggu mereka berkahwin.

“Ketika itu isteri tergerak hati untuk keluarkan semua simpanan gambar-gambar lama saya. Namun sebaik melihat gambar kami berdua itu, dia ketawa.

“Dia tanya saya adakah saya kenal orang di sebelah saya. Saya pula hanya mampu tercengang ketika itu.

Saya langsung tidak menyangka kanak-kanak perempuan itu adalah isteri saya sekarang,” katanya.

Menurutnya, setiap kali tibanya Aidilfitri dia pasti akan terkenangkan gambar terbabit kerana ia diambil ketika perayaan berkenaan.

“Tradisi ziarah rumah ke rumah atau dikenali sebagai Marhaban ini memang amalan tradisi penduduk Johor. Disebabkan itulah setiap kali tibanya raya, saya akan teringat peristiwa manis itu.

“Namun setiap kali saya teringat kenangan itu, setiap kali itu jugalah saya tersenyum seorang diri. Tidak sangka jodoh saya selama ini ada di sebelah saya saja,” katanya yang beraya di Parit Sulong, Batu Pahat.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber “Tak sangka insan bergambar dengan saya 18 tahun lalu adalah ‘tulang rusuk’ saya”


Demikianlah Artikel “Tak sangka insan bergambar dengan saya 18 tahun lalu adalah ‘tulang rusuk’ saya”

Sekianlah artikel “Tak sangka insan bergambar dengan saya 18 tahun lalu adalah ‘tulang rusuk’ saya” kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: