Judul : Permohonan Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia 2019 Untuk Penjawat Awam Dan Swasta Kini Dibuka
link : Permohonan Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia 2019 Untuk Penjawat Awam Dan Swasta Kini Dibuka
Permohonan Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia 2019 Untuk Penjawat Awam Dan Swasta Kini Dibuka
Dalam pembentangan Belanjawan 2019 yang lalu, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk tujuan pembiayaan perumahan buat rakyat Malaysia.
Melalui dana ini, pembeli rumah layak untuk mendapatkan dana daripada kerajaan sama ada berbentuk konvensional atau Islam. Dana ini diberikan pada kadar konsesi di institusi kewangan yang mengambil bahagian.
Jadi, berita baik buat anda yang berhasrat untuk membeli rumah pertama, anda bolehlah memohon dana rumah mampu milik ini yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Baca juga: Senarai Pelepasan Cukai LHDN 2018 Untuk Efiling 2019 (Pendapatan/Individu)
Tujuan kerajaan memperkenalkan dana yang dilengkapi dengan pelbagai langkah ini adalah untuk membantu golongan berpendapatan RM5000 dan ke bawah yang ingin membeli rumah pertama sehingga mencapai harga RM300,000.
Selain itu, langkah yang dijalankan untuk tujuan pembiayaan pembelian rumah daripada pelbagai institusi kewangan ini adalah untuk tujuan mengurangkan kos sampingan pemilikan rumah yang perlu dibayar oleh peminjam yang berkelayakan.
Bagi merealisasikan tujuan ini, beberapa pengurangan pembayaran dilakukan contohnya seperti pengecualian duti setem, kadar perlindungan gadai yang lebih rendah serta pelepasan yuran guaman bagi tujuan perjanjian jual beli dan pembiayaan yang lebih rendah daripada pinjaman lain.
Berminat dengan dana ini? Dalam artikel ini akan kami kongsikan Cara Permohonan Dana Rumah Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia 2019 sebagai panduan buat anda yang ingin memohon dana ini.
TEMPOH SAH DANA RUMAH MAMPU MILIK BNM 2019
Dana ini mempunyai tempoh sahnya. Anda hanya boleh memohon dana ini selagi tempoh ini belum tamat. Jadi, segeralah memohon sekiranya berminat. Berikut merupakan temph sah Dana Mampu Milik BNM 2019.
Sah selama 2 tahun bermula 2 Januari 2019
Sehingga dana yang diperuntukkan sebanyak RM1 bilion habis digunakan
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON DANA RUMAH MAMPU MILIK BNM 2019
Sebelum anda mengemukakan permohonan, anda perlulah menyemak terlebih dahulu syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Negara Malaysia. Pastikan kesemua syarat-syarat ini telah anda penuhi. Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia
Pendapatan maksimum bulanan isi rumah sebanyak RM2,300;
Harga harta tanah adalah sehingga RM150,000;
Kadar pembiayaan adalah sehingga 3.5% setahun; dan
Institusi kewangan yang mengambil bahagian ialah AmBank, Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank, Maybank dan RHB Bank.
Namun, sebelum anda kemukakan permohonan dana rumah pertama ini, anda perlulah menyemak rekod CCRIS anda terlebih dahulu. Pastikan nama anda tidak disenarai hitamkan. Hal ini untuk memudahkan urusan pinjaman anda nanti.
Untuk makuman anda juga, margin pembiayaan bagi dana ini meliputi pembayaran bagi wang pendahuluan dan jaminan gadai gaji atau caruman takaful. Manakala bagi tempoh pembiayaan ini pula adalah sehingga 40 tahun atau sehingga umur anda mencecah 70 tahun, bergantung kepada yang mana lebih rendah.
Pemohon yang berjaya mendapatkan dana ini untuk membeli rumah pertama akan diberikan modul kewangan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK). Modul ini berujuan untuk memberikan anda panduan dalam pengurusan kewangan.
BAGAIMANA UNTUK MEMOHON?
Bagi anda yang berminat untuk memohon Dana Rumah Mampu Milik BNM 2019 ini, anda bolehlah menghubungi bank-bank yang mengambil bahagian dalam skim dana ini. Seterusnya, anda bolehlah membuat permohonan melalui bank-bank tersebut. Berikut merupakan senarai bank yang mengambil bahagian dalam Dana Rumah Mampu Milik BNM 2019.
AmBank (M) Berhad (AmBank) 03-2178 8888
Bank Simpanan Nasional (BSN) 1-300 88 1900
CIMB Bank Berhad (CIMB) 03-6204 7788
Malayan Banking Berhad (Maybank) 1-300 88 6688
RHB Bank Berhad (RHB) 03-9206 8118 (Semenanjung Malaysia)
MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN DANA RUMAH MAMPU MILIK BNM 2019
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkaitan dengan Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia 2019, anda boleh menghubungi pihak BNM sendiri. Berikut kami sediakan butiran maklumat berkaitan BNM untuk anda hubungi.
Jadi, buat anda yang ingin membeli rumah pertama dan memenuhi kesemua syarat-syarat yang telah ditetapkan ini, jangan lepaskan peluang untuk memohon dana ini kerana Dana Rumah Mampu Milik BNM 2019 ini sangat bermanfaat buat anda. Mohonlah segera.
Sumber : kerjaya.co
Sumber Permohonan Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia 2019 Untuk Penjawat Awam Dan Swasta Kini Dibuka
Demikianlah Artikel Permohonan Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia 2019 Untuk Penjawat Awam Dan Swasta Kini Dibuka
Sekianlah artikel Permohonan Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia 2019 Untuk Penjawat Awam Dan Swasta Kini Dibuka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.