Selepas 2 tahun gigih menabung akhirnya bapa mithali ini berjaya belikan baju baru untuk anak perempuanya...

Selepas 2 tahun gigih menabung akhirnya bapa mithali ini berjaya belikan baju baru untuk anak perempuanya... - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Selepas 2 tahun gigih menabung akhirnya bapa mithali ini berjaya belikan baju baru untuk anak perempuanya..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selepas 2 tahun gigih menabung akhirnya bapa mithali ini berjaya belikan baju baru untuk anak perempuanya...
link : Selepas 2 tahun gigih menabung akhirnya bapa mithali ini berjaya belikan baju baru untuk anak perempuanya...

Baca juga


Selepas 2 tahun gigih menabung akhirnya bapa mithali ini berjaya belikan baju baru untuk anak perempuanya...



Biarpun nilai baju itu cuma RM16.50 (300 taka), pengemis itu terpaksa berhempas-pulas demi merealisasikan impian anaknya itu.

Kisah itu diceritakan menerusi sekeping gambar yang dimuatnaik oleh jurugambar GMB Akash baru-baru ini di Facebook dan mendapat lebih 69,000 reaksi serta 21,000 perkongsian.

Rata-rata netizen menyuarakan rasa sayu akan nasib keluarga itu dan memohon agar dihulurkan bantuan untuk meringankan beban mereka.

Berikut merupakan kisah yang diceritakan lelaki itu kepada GMB Akash:

“Semalam, saya berjaya beli sehelai baju baru untuk anak perempuan saya selepas dua tahun. Ketika saya menyerahkan 60 keping nota 5 taka kepada jurujual, dia menjerit ke arah saya bertanya sama ada saya ini seorang pengemis. Anak saya pegang tangan saya dan menangis mahu meninggalkan kedai itu sambil berkata dia tidak mahu membeli baju baru. Saya sapu air matanya dengan sebelah tangan.

“Ya, saya seorang pengemis. Sepuluh tahun lepas saya tak pernah menyangka akan meminta-minta duit dari orang. Satu malam bas terjatuh dari sebuah jambatan dan tidak sangka saya hidup. Saya masih hidup tetapi cacat. Anak lelaki bongsu saya selalu bertanya di mana saya tinggalkan tangan saya sebelah lagi. Anak perempuan saya, Sumaiya, pula selalu suapkan saya setiap hari dan berkata dia tahu betapa sukarnya buat kerja sebelah tangan.

“Selepas dua tahun (hari ini), anak perempuan saya memakai baju baru. Sebab itu saya bawa dia bermain sebentar. Mungkin saya tidak akan mendapat duit hari ni, tapi saya mahu bermain-main sebentar bersama anak kecil saya. Saya senyap-senyap meminjam telefon jiran tanpa memberitahu isteri saya. Anak perempuan saya tidak pernah bergambar dan saya mahu buat hari ini menjadi hari yang istimewa buatnya. Bila satu hari nanti saya mampu beli telefon, saya akan ambil banyak foto anak-anak saya. Saya mahu simpan semua kenangan manis.



“Sukar untuk menghantar anak saya ke sekolah, tapi saya sendiri yang mengajar mereka. Kadang-kadang mereka tidak boleh pergi mengambil ujian kerana mustahil untuk saya membayar yurannya. Ketika itu, saya akan memberitahu mereka; kadang-kadang kita boleh ponteng ujian.

“Sekarang saya akan pergi mengemis. Saya akan letakkan anak saya di satu tempat lain untuk dia menunggu saya. Saya akan tengok dia dari jauh ketika saya sedang mengemis. Saya rasa malu apabila dia melihat menadah tangan kepada orang lain. Tapi dia langsung tidak meninggalkan saya seorang diri. Kerana ada kereta-kereta besar dan khuatir kemalangan boleh berlaku dan melanggar saya hingga mati.

“Apabila saya mendapat sedikit duit, saya akan pulang ke rumah sambil memegang tangan anak saya. Kami akan pergi ke pasar dalam perjalanan rumah dan anak saya yang menolong untuk membawa beg saya. Ketika hujan, kami suka biarkan diri basah dan bercakap tentang impian kami.

“Jika tak dapat wang, saya akan pulang diam-diam. Hari itu saya rasa mahu mati tapi pada malamnya, apabila anak-anak saya tidur sambil memeluk saya, saya fikir hidup ni bukanlah teruk sangat. (Hidup) hanya teruk bila anak perempuan saya menunggu sambil tundukkan kepala dia ke bawah. Apabila saya tidak dapat lihat mata dia ketika mengemis.

“Tapi hari ni hari yang lain. Kerana hari ini anak perempuan saya sangat gembira. Hari ni bapanya bukan seorang pengemis. Hari ini, bapanya seorang raja dan ini adalah puterinya.

– MD. Kawsar Hossain

Olahan oleh: Amri Hassan

Sumber: GMB Akash via Gempak



Sumber Selepas 2 tahun gigih menabung akhirnya bapa mithali ini berjaya belikan baju baru untuk anak perempuanya...


Demikianlah Artikel Selepas 2 tahun gigih menabung akhirnya bapa mithali ini berjaya belikan baju baru untuk anak perempuanya...

Sekianlah artikel Selepas 2 tahun gigih menabung akhirnya bapa mithali ini berjaya belikan baju baru untuk anak perempuanya... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: