Judul : Ibu kandung serah kepada Allah kontroversi yang melanda Aliff
link : Ibu kandung serah kepada Allah kontroversi yang melanda Aliff
Ibu kandung serah kepada Allah kontroversi yang melanda Aliff
IBU kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz iaitu S Hafiza Barsharahil menyerahkan kepada Allah SWT berhubung kontroversi rumah tangga membabitkan anak sulungnya itu dengan isteri, Bella Astillah.
“Kami hanya mendoakan yang terbaik. Selebihnya kita serahkan pada Allah,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya adakah dia sudah bercakap secara peribadi dengan anaknya atau Bella, S Hafiza enggan mengulas lanjut.
“Buat masa sekarang kami tiada apa-apa kenyataan. Apa pun terima kasih atas keprihatinan,” katanya.
Pagi hari ini, nama penyanyi Sayang Sayang itu kembali hangat diperkatakan apabila Bella mendedahkan kec-urangan suaminya dengan seorang pelakon wanita dikenali sebagai Oktovia Manrose di Instagram.
Menerusi status itu, Bella turut berkongsi paparan skrin perbualan membabitkan dirinya dengan seorang wanita yang menjadi saksi Aiff bersama wanita itu di sebuah kelab malam.
Menurut Bella, dia juga ada menyimpan bukti berbentuk video membabitkan suaminya dengan pelakon itu yang dihantar kepadanya.
Ini bukan kali pertama Aliff menimbulkan masalah sama apabila kali pertama pada 2017 lalu juga dengan seorang pelakon, Afifah Nasir.
sumber : harian metro
Sumber Ibu kandung serah kepada Allah kontroversi yang melanda Aliff
Demikianlah Artikel Ibu kandung serah kepada Allah kontroversi yang melanda Aliff
Sekianlah artikel Ibu kandung serah kepada Allah kontroversi yang melanda Aliff kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.