Judul : “Blackpink yang pakai menjolok mata, saya pula yang kena tempias” - Zizi Kirana
link : “Blackpink yang pakai menjolok mata, saya pula yang kena tempias” - Zizi Kirana
“Blackpink yang pakai menjolok mata, saya pula yang kena tempias” - Zizi Kirana
PENYANYI rap Zizi Kirana berasa kecewa apabila netizen mengaitkan dirinya dalam isu pemakaian seksi kumpulan Kpop popular Blackpink pada konsert yang berlangsung hujung minggu lalu.
Zizi, 34, berkata, netizen tidak seharusnya menjadikan dia sebagai sasaran dalam isu pakaian kumpulan Kpop tersebut.
"Saya tidak marah tapi pelik kenapa mereka nak kaitkan saya pula dalam isu pakaian se,ksi Blackpink.
"Jangan terlalu taksub mengidolakan mereka sehingga orang yang tiada kena mengena terkena tempiasnya," ujarnya kepada mStar Online.
Zizi memuat naik beberapa paparan skrin apabila peminat-peminat kumpulan itu mula membuat pautan namanya di mana-mana artikel berkaitan isu itu.
Sebelum ini, pelakon Abby Abadi menegur pemakaian skirt anggota Blackpink yang disifatkan terlalu pendek.
Bagaimanapun, komen Abby menerima pelbagai reaksi peminat kumpulan itu yang turut bersuara menampilkan pendapat mereka termasuk mengaitkan penyanyi dan pelakon tempatan yang berpakaian se,ksi.
Tambah penyanyi lagu Nak Ke Tak Nak itu, dia tidak pernah berpakaian seksi setiap kali melakukan persembahan.
Katanya, imej s,eksi hanya di laman sosial dan ketika bukan waktu bekerja.
"Saya tidak se,ksi ketika melakukan persembahan, masa jalan-jalan sahaja saya berpakaian se,ksi sedikit.
"Kalau untuk artis lain untuk tampil se,ksi terserah kepada mereka nak pakai macam mana yang penting bersesuaian dan bergantung tempat dia buat persembahan," ujarnya.
Sumber : mStar Online
Sumber “Blackpink yang pakai menjolok mata, saya pula yang kena tempias” - Zizi Kirana
Demikianlah Artikel “Blackpink yang pakai menjolok mata, saya pula yang kena tempias” - Zizi Kirana
Sekianlah artikel “Blackpink yang pakai menjolok mata, saya pula yang kena tempias” - Zizi Kirana kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.