Judul : “Bahasa Badannya Sungguh Menjengkelkan” - Doula dikecam melalut, buat simbol Ultraman ketika siaran langsung TV
link : “Bahasa Badannya Sungguh Menjengkelkan” - Doula dikecam melalut, buat simbol Ultraman ketika siaran langsung TV
“Bahasa Badannya Sungguh Menjengkelkan” - Doula dikecam melalut, buat simbol Ultraman ketika siaran langsung TV
Seorang doula atau peneman ibu semasa bersalin dikecam teruk netizen kerana tidak menjawab soalan yang diajukan pengacara sebuah program bual bicara stesen televisyen tempatan, Jumaat malam.
Malah, netizen turut mempersoalkan kelakuan doula bebas, Hayati Muzaffar yang dilihat tidak profesional semasa program tersebut sedang bersiaran langsung.
Dia turut dilihat melakukan babak gerakan simbolik (fire) watak kartun adiwira terkemuka Jepun, Ultraman semasa program tersebut. ( lihat video di bawah)
Topik yang dibincangkan dalam program Analisis yang disiarkan menerusi stesen TV Al-Hijrah pada Jumaat malam adalah “Doula: Peneman Ibu atau Pengganti Doktor?”.
Seorang lagi panel jemputan ke program tersebut adalah Pakar perbidanan dan Sakit Puan, Prof Dr Imelda Balchin bagi menghuraikan mengenai perbezaan doula dan bidan terlatih serta risiko menggunakan perkhidmatan tersebut.
Hayati pertahankan diri, beri penjelasan
Susulan siaran program Analisis tersebut, Hayati atau lebih mesra disapa Kak Yat tampil mempertahankan dirinya menerusi beberapa posting yang dimuat naik di Facebooknya pada Sabtu.
Menurut Hayati, dia dituduh tidak memberikan fakta mengenai doula sedangkan peluang untuk berbuat demikian tidak diberikan.
” Masa diberi dua tiga minit sahaja spontan siaran langsung untuk jawab soalan ad hoc. Ada yang rasa dia mampu silakan,” demikian menurut catatan Hayati pada posting tersebut.
Seorang pelayar Facebook Rusyainie Ramli berpendapat doula bebas itu dilihat cuba menyembunyikan sesuatu kerana kegagalan dalam menjawab soalan yang diajukan.
” Kegagalan doula duli cikebum menjawab soalan menunjukkan dia tak ada kredibiliti langsung sebagai apa yang dia pasarkan diri dia. Nampak sangat dia cuba menyembunyikan sesuatu.
” Nampak seakan dia tak mempunyai pengetahuan sebenarnya apa yang dia gebangkan selama ni. Sampai saya tertanya eh, kenapa saya tak faham apa yang diperkatakannya,” tulisnya.
Bahkan Rusyainie kecewa dengan sikap doula tersebut yang dilihat tidak beradab semasa perbincangan sedang dilakukan.
” Sudahlah rancangan tu disiar secara langsung. Bahasa badannya sangat menjengkelkan.
” Di depannya ialah seorang pakar perunding OnG terkemuka, yang pastinya ahli dalam bidang perubatan, tapi begitu cara dia menyampuk pun, menunjukkan dia tidak mempunyai rasa hormat pada insan berilmu,” katanya.
Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji tindakan Dr Imelda yang dilihat tenang dan berjaya mengawal emosinya semasa di atas pentas.
Reez Khai berkata:”Sebenarnya cukup 1 soalan clear cut daripada Dr Imeda untuk patahkan hujah merepek geng doula. “Doula ini berdaftar dengan KKM ataupun tidak?” Geng doula terus menggelupur cuba mengelak tak nak jawab.”
Lihat video di bawah ( perhatikan dari minit ke 26, Hayati buat simbol Ultraman)
Sumber “Bahasa Badannya Sungguh Menjengkelkan” - Doula dikecam melalut, buat simbol Ultraman ketika siaran langsung TV
Demikianlah Artikel “Bahasa Badannya Sungguh Menjengkelkan” - Doula dikecam melalut, buat simbol Ultraman ketika siaran langsung TV
Sekianlah artikel “Bahasa Badannya Sungguh Menjengkelkan” - Doula dikecam melalut, buat simbol Ultraman ketika siaran langsung TV kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.