Judul : Solusi Ke Atas Deflasi Pada Pandangan Keynesian
link : Solusi Ke Atas Deflasi Pada Pandangan Keynesian
Solusi Ke Atas Deflasi Pada Pandangan Keynesian
Ekonomi bergerak dalam kitaran (cycle). Ada “good times”, mesti ada “bad times”. Selepas setiap kemakmuran, pasti akan ada kemelesetan.
Begitu juga dengan kitaran inflasi-deflasi. Benda-benda macam ini kita tak dapat elak. Apa yang kita boleh buat ialah meminimakan kesannnya.
Fenomena kitaran ekonomi menunjukkan seolah-olah ada hukum-hukum tertentu (hukum ni macam “law of physics” lah) yang menentukan pasang surut ekonomi. Jadi ahli-ahli ekonomi semua cuba untuk “decode” hukum tersebut.
Ada yang melihat ekonomi naik turun disebabkan perubahan dalam “money supply” (Monetarist), ada yang melihat ia disebabkan oleh lebihan kredit (Austrian School), ada yang kata “over-production” dan “under-consumption” (Marxist dan sosialis). Ada yang kata sebab perubahan sunspot (Jevons). Macam-macam.
Ekonomi arus perdana (mainstream economics) yang kita duk belajar di sekolah dan universiti ditulis oleh ahli ekonomi Keynesian. Keynesian ni ada teori tersendiri tentang kitaran ekonomi.
Keynesian ni yang mencipta konsep-konsep keluaran dalam negara kasar (GDP), permintaan agregat (aggregate demand), penawaran agregat (aggregate supply). Keynesian guna konsep-konsep ini untuk menilai ekonomi di peringkat makro, tu yang datangnya istilah “makro-ekonomi”.
Dengan membayangkan ekonomi secara makro, baru kerajaan boleh bertindak. Tengok mana ada lompong yang perlu ditutup. Antara petunjuk-petunjuk ini ialah indeks harga pengguna (CPI) dan indeks harga pengeluar (PPI) yang digunakan untuk mengukur peringkat harga umum (general price level).
Nak ukur harga umum ni buat apa? Sebab harga ini menunjukkan permintaan (demand) dan penawaran (supply) di pasaran barangan. Kalau harga tinggi, maksudnya permintaan tinggi. Kalau harga rendah, maksudnya permintaan rendah.
Waktu di mana harga barang asyik naik naik tak berhenti ni kita panggil inflasi (inflation). Waktu ini orang kuat berbelanja, jadi demand tu duk push harga naik. Kalau harga barangan tinggi maka bisnes pun semangat sikit nak melabur dan expand operasi sebab boleh untung. Waktu inflasi ni lah waktu ekonomi tengah hangat.
Tapi hangat macam mana pun ada hadnya. Akan sampai satu tahap di mana pertumbuhan ekonomi dah tak leh go, maka mulalah pembeli akan kurangkan membeli, pengeluar kurangkan menghasilkan keluaran. Jadi ekonomi mula slowdown. Ini kita panggil disinflasi (dis-inflation).
Selepas disinflasi akan berlaku deflasi (deflation), di mana pertumbuhan harga umum adalah negatif.
Apabila orang dah slowdown beli barang, untung pengeluar kurang. Apabila kurang, dia kena kecilkan saiz bisnes yang dia duk besarkan semasa fasa inflasi. Jadi dia kena buang pekerja. Pekerja yang kena buang tak ada pendapatan, maka lagilah kena kurangkan berbelanja.
“Vicious cycle” tu akan menyebabkan output ekonomi jatuh, maka GDP turun. Apabila GDP mencatat pertumbuhan negatif, maka ekonomi memasuki fasa kemelesetan.
Kitaran ekonomi ini macam musim juga. Inflasi ni musim panas, bunga mekar. Disinflasi ni macam musim luruh, daun mula gugur. Deflasi dah macam musim sejuk, “brace yourself, Winter is coming”. Reflasi ialah musim bunga di mana ekonomi mula memulih.
Jadi inilah hubungan antara peringkat harga umum dan hasil ekonomi. Deflasi tak sama dengan kemelesetan (recession) atau kegawatan (stagnation). Tapi kemelesetan dan kegawatan akan berlaku kalau deflasi tidak diuruskan dengan betul.
Kalau ikut Keynesian, cara yang betul untuk mengurus deflasi ialah menaikkan semula peringkat harga. Dengan kata lain, “reflate” balik harga barangan itu. Kau tak boleh tunggu ekonomi itu reflate sendiri. Itu hanya akan buat ekonomi makin menguncup dan jadi kegawatan yang kronik.
Waktu deflasi ni orang dah hilang semangat, takut mengambil risiko, takut keluar duit. Jadi kena ada pihak ketiga iaitu kerajaan untuk menaikkan semula “demand” untuk berbelanja. Kalau guna istilah teknikal Keynesian, kena kembalikan ekonomi ke paras “permintaan berkesan” (effective demand).
Kerajaan boleh menggalakkan orang berbelanja dan melabur, samada kurangkan cukai, atau terus bagi duit dan insentif. Atau lagi badass, kerajaan sendiri yang melabur dan mengeluar. Dasar-dasar ini kita panggil dasar perangsangan ekonomi (stimulatory economic policies). Dasar-dasar ini akan kembalikan keyakinan pengguna (consumer confidence) dan keyakinan bisnes (business confidence).
Waktu-waktu deflasi ni kerajaan tak boleh nak berjimat (Keynesian kata, bukan aku kata). Tak boleh berkira dengan defisit kerajaan, sebab defisit kerajaan = surplus sektor swasta. Kalau kerajaan nak surplus atau balanced, maka pengguna dan pengeluar duk dalam kemelesetan je lah (pasal ni aku pernah cerita, kalau rajin pergi scroll balik tulisan lama, tak pun aku cerita lain kalilah).
Tapi itu pandangan Keynesian lah. Kalau ikut Austrian School dan Monetarist, dia orang lagi syok kalau berlaku deflasi dan kemelesetan. Bagi mereka itu ialah waktu bagi pasaran untuk menyingkirkan bisnes yang tak perform, dan dengan itu ekonomi kembali jadi cekap. Ekonomi akan pulih, harga akan reflate, apabila pasaran dah bersih daripada syarikat-syarikat yang tak cekap ini.
Dengan kata lain, Austrian School dan Monetarist ini pro pasaran bebas (free marketeer). Orang pasaran bebas ni ada sedikit kecenderungan kepada “survival of the fittest”. Kau tak dapat kerja? Sebab kau tak “marketable”. Kau kena pecat? Sebab kau tak berdaya saing. Bisnes kau lingkup? Competition bro.
Kalau bagi free marketeer ni pegang ekonomi, mampuih lah kita.
Jadi, adakah Malaysia sekarang berada dalam deflasi? Kalau ya, apa yang kita patut buat?
Kalau bukan? Kenapa? Adakah deflasi kali ni berlaku kerana penurunan permintaan?