Knights Templar – Institusi Perbankan Dunia Yang Pertama?

Knights Templar – Institusi Perbankan Dunia Yang Pertama? - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Knights Templar – Institusi Perbankan Dunia Yang Pertama?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Knights Templar – Institusi Perbankan Dunia Yang Pertama?
link : Knights Templar – Institusi Perbankan Dunia Yang Pertama?

Baca juga


Knights Templar – Institusi Perbankan Dunia Yang Pertama?

Bagi yang mengkaji sejarah Perang Salib, nama-nama seperti Salahuddin al-Ayyubi, Richard the Lionheart dan Knights Templar pasti tidak asing kepada sesiapa yang mendengarnya. Bila sebut nama Templar, ia sentiasa dibayangi dengan mitos dan legenda sehingga agak sukar untuk mengetahui sejarah sebenar pertubuhan tersebut. Yang pasti, mereka turut menyumbang kepada sektor kewangan dengan menjadi antara institusi perbankan yang pertama.

Kelahiran Templar

Selepas Baitulmaqdis jatuh ke tangan tentera Salib semasa kempen mereka yang pertama pada 1099, kota berkenaan mula menjadi tumpuan jemaah Nasrani yang berhajat mahu menziarahi kota suci tiga agama samawi iaitu Islam, Kristian dan Yahudi itu. Dengan bilangan mereka yang ramai, kepimpinan tentera Salib menubuhkan Knights Templar iaitu sebuah unit tentera elit yang dipertanggungjawabkan melindungi para jemaah yang berkunjung ke Baitulmaqdis.

Kebanyakan para jemaah ini berjalan jauh dari Eropah dan salah satu dilema dihadapi mereka ialah keupayaan untuk membeli makanan, membayar sewa pengangkutan dan tempat penginapan. Mereka boleh saja membawa sejumlah besar wang semasa perjalanan tetapi kaedah itu dirasakan tidak selamat kerana wang perjalanan boleh saja hilang akibat bencana alam atau dirompak kumpulan penyamun. 

Satu solusi bagi mana-mana jemaah yang menuju ke Baitulmaqdis ialah meninggalkan wang mereka di tempat yang dikawal Templar seperti Gereja Temple di London. Selepas menyimpan wang di situ, mereka diberi sehelai surat kredit dan ia boleh digunakan sebagai bukti semasa mengambil wang setibanya di Baitulmaqdis. Untuk memastikan surat kredit yang dikeluarkan itu benar-benar sahih dan tidak boleh dipalsukan, mereka turut menghasilkan kod rahsia yang hanya boleh dibaca ahli Templar semasa urusan pengeluaran wang berjalan. 

Orang tengah bahagian kewangan

Tetapi untuk menggelar mereka institusi pertama yang menggunakan kaedah ini dianggap berlebihan. Hakikatnya semasa Dinasti Tang di China, mereka turut mengeluarkan sejenis dokumen yang dipanggil feiquan. Dokumen ini membenarkan para pedagang menyimpan hasil keuntungan perniagaan mereka di pejabat wilayah dan ia boleh dituntut semula bila pedagang-pedagang ini berada di ibu negara.

Namun berbeza dengan Templar, sistem feiquan ini dikendalikan oleh pihak kerajaan. Sementara mereka ini pula lebih kepada bank swasta yang dimiliki oleh Paus, membentuk pakatan dengan pemerintah dan kerabat diraja Eropah serta dikendalikan oleh pahlawan-pahlawan yang bersumpah untuk hidup secara sederhana.

Selain menguruskan pemindahan wang jarak jauh, mereka juga turut bertindak sebagai broker pembelian atau jualan bagi pemerintah atau pembesar Eropah. Misalnya pada abad ke-13, Raja Henry III dari England meminta bantuan Templar sebagai broker jualan sebuah pulau bernama Oleron yang terletak di barat daya Bordeaux. Bagi menjayakan pembelian, baginda membayar 200 paun setahun untuk tempoh lima tahun kepada pihak Templar. Apabila tempoh pembayaran tamat dan bayaran telah dilunaskan, pulau tersebut diserahkan kepada orang-orang Henry III dengan pihak Templar membayar duit jualan kepada penjual.

Pada sesetengah masa, mereka juga menjadi tukang pajak gadai kepada golongan berkuasa di Eropah. Semasa pemerintahan Raja John (adinda Raja Richard the Lionheart dan musuh ketat hero kisah legenda Robin Hood), baginda terpaksa meminta bantuan Templar menyimpan barang berharga termasuk mahkota bertatahkan berlian di Gereja Temple.

Semua ini berlaku sebelum perlaksanaan perjanjian Magna Carta. Mereka juga kadangkala diberi tugas subkontrak oleh sesetengah kerajaan di Eropah untuk menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan mereka. Dalam tempoh 100 tahun semasa abad ke-13, mereka diberi subkontrak menguruskan perbendaharaan Perancis termasuk membayar pegawai-pegawai diraja dan menguruskan buku akaun keluarga diraja Perancis.

Jika ada yang ingin tahu bagaimana gereja boleh membiayai gerakan Perang Salib ini, satu cara yang digunakan mereka ialah dengan mengenakan cukai salib. Cukai ini dikenakan oleh gereja-gereja di England, Perancis, Hungary, sebahagian kawasan di Sepanyol dan Itali. Dan seperti kita semua sedia maklum, pihak Templar juga yang bertindak sebagai pengutip cukai-cukai ini dan ia kemudian disalurkan untuk mengembangkan lagi operasi kewangan mereka. Disebabkan status mereka sebagai orang kepercayaan Paus, tiada sebarang polisi khas terhadap aktiviti Templar di mana mereka boleh bergerak dengan bebas dan diberi pengecualian cukai. 

Jadi bagaimana mereka dapat menampung semua ini? Pertamanya, mereka mendapat sokongan ramai penderma dari pelbagai golongan termasuk golongan diraja. Raja Alfonso I dari Aragon misalnya meninggalkan sepertiga dari kerajaannya kepada mereka dan ini ada dinyatakan dalam wasiat baginda. Dan seperti aktiviti crowdsourcing, mereka juga turut menerima derma dari orang ramai dalam bentuk wang, keldai atau sebidang tanah bergantung kepada kemampuan mereka.

Jika dikumpulkan semua ini, ini menjadikan Templar sebuah organisasi yang berkuasa ketika itu. Kekuatan kewangan ini membolehkan mereka memiliki banyak tanah di Eropah dan Timur Tengah, mendirikan kubu-kubu dan istana-istana, membeli ladang-ladang terutama ladang anggur, terlibat dalam aktiviti perdagangan antarabangsa, memiliki armada laut mereka sendiri dan pada satu ketika menjadi ‘penguasa’ Cyprus.

Kejatuhan Templar

Selepas gagal menawan Baitulmaqdis, pihak Templar cuba memarakkan semula api perang dengan mempertahankan saki-baki kubu mereka di Timur Tengah tetapi berjaya dihalau keluar oleh kerajaan Mamluk pada akhir abad ke-13. Selepas kehilangan Pulau Arwad di Syria pada tahun 1300, sudah mula kedengaran suara-suara yang mahukan organisasi itu disusun semula dan ditambahbaik. Tetapi bagi Raja Philip IV dari Perancis, organisasi ini dilihat mengancam kedudukan baginda. 

Beberapa tahun selepas mereka dihalau keluar dari Timur Tengah, wujud pertelagahan antara baginda dengan Paus Pontiface VIII. Pertelagahan ini timbul berikutan isu hutang Perancis dan Philip IV langsung tidak berminat menyelesaikan hutang berkenaan. Bagi baginda, hutang tersebut dianggap luput dengan memusnahkan terus Knights Templar dan itu direalisasikan pada 13 Oktober 1307. Selain isu hutang, Philip IV juga merasa bimbang dengan kekuasaan Templar sehingga berupaya menjatuhkan mana-mana pemerintah yang tidak sebulu dengan mereka. Keadaan ini pernah berlaku di Cyprus setahun sebelumnya apabila Amalric dari Tyre berjaya menyingkirkan Raja Henry II dengan bantuan mereka. 

Dan dengan mereka juga sudah berangan menubuhkan negara dalam negara seperti yang dibuat di Cyprus, ini satu perkara yang patut dihalang sebelum terlambat. Atas sebab itulah, baginda menggunakan tuduhan palsu berupa murtad dan menyeleweng ke atas mereka bagi menjustifikasi serangan pada 13 Oktober itu. Serangan ini turut memaksa pertubuhan Salib lain yang berkecimpung dalam bidang kewangan seperti Order of Saint John menghentikan sebarang bentuk aktiviti perbankan untuk mengelak dari menjadi sasaran mana-mana pemerintah Eropah yang berdendam dengan mereka.

SUMBER

1. Harford, Tim. (2017). The warrior monks who invented banking.
BBC.  https://ift.tt/2EwEvCi

2. Teodorczuk, Tom. (2017).  The Knights Templar: Military order or the first financial-services company? MarketWatch.com. https://ift.tt/2VjwXIT



Demikianlah Artikel Knights Templar – Institusi Perbankan Dunia Yang Pertama?

Sekianlah artikel Knights Templar – Institusi Perbankan Dunia Yang Pertama? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: