Huawei: 5 Eyes VS 5G

Huawei: 5 Eyes VS 5G - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Huawei: 5 Eyes VS 5G, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Huawei: 5 Eyes VS 5G
link : Huawei: 5 Eyes VS 5G

Baca juga


Huawei: 5 Eyes VS 5G

Selain isu trade imbalances (import US dari China melebihi eksport US ke China), kontroversi berkaitan firma teknologi China juga menjadi penyumbang kepada konflik antara US dan China sejak Donald Trump jadi Presiden US.

Yang tengah hot ialah isu Huawei. Selepas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Huawei, Meng Wanzhou ditahan pada 1 Disember 2018 di Canada, US dan sekutunya juga tengah rancak melobi negara-negara lain untuk menyekat Huawei dari menyediakan infrastruktur rangkaian 5G. Setakat ini, US, Australia dan New Zealand telah pun membuat sekatan terhadap Huawei.

Semalam, pengasas Huawei iaitu Ren Zhengfei telah break silence mengenai penangkapan terhadap anaknya Meng Wanzhou (mak Meng Wanzhou iaitu Meng Jun dah bercerai dengan Ren, jadi Meng Wanzhou pakai nama keluarga Meng bukan Ren). Dia menyifatkan tindakan US dan Canada sebagai bertujuan politik dan declare “US cannot crush us”.

Yang lebih menarik, pada masa yang sama, kerajaan UK tiba-tiba kata teknologi 5G Huawei tidak memberi ancaman, jadi UK rasa tiada perlunya untuk mengenakan sekatan terhadap Huawei. 

Apa itu 5G? Apa peranan Huawei? Kenapa US dan geng takut sangat dengan Huawei 5G?

5G ialah generasi rangkaian telekomunikasi terkini, selepas 1G, 2G, 3G, 3.5G dan 4G. Aku bukan ejen U Mobile, jadi tak perlulah nak terangkan perbezaan 3G, 4G, GPRS, EDGE, LTE semua tu. Cuma secara basic, 5G ni laju. 10 kali ganda kelajuan maksima 4G (1,000 Mbps atau 1 Gbps), boleh sampai 10,000 Mbps atau 10 Gbps. 

Dengan kata lain, dengan 5G kau boleh memuat turun video bersaiz 800 MB dalam 1 saat sahaja. Dengan 4G sekarang paling power kau boleh dapat dalam seminit lah. 

Nak laju-laju buat apa? Kelajuan 5G ini sebenarnya penting untuk support teknologi futuristik atau teknologi Revolusi Industri ke-4. Teknologi seperti kereta pandu sendiri (autonomous car atau self-driving car) ni hanya boleh perform pakai 5G. Kau nak buat panggilan hologram, kena pakai 5G. Pakai 3.5G ke 4G ke nanti tersekat-sekat, kau call bini kau tiba-tiba keluar hologram kepala saja, jadi macam penanggal, naya kang. (cuba tengok video ni untuk gambaran dunia 5G: https://www.youtube.com/watch?v=ArRWXopUHAQ)

Huawei ialah pengeluar peralatan telekom terbesar di dunia, mendahului Ericsson (Sweden), Nokia (Finland) dan juga Samsung (Korea). Dan Huawei juga merupakan pioneer dalam teknologi 5G. Jadi banyak negara dah bekerjasama dengan Huawei untuk melancarkan 5G paling lewat sebelum tahun 2020. 

Orang tengah excited dengan 5G, tiba-tiba US kata tak boleh, Huawei bahaya. Sejak tahun 2012 lagi US dah bunyi pasal Huawei dan ZTE (syarikat peralatan telekom kedua besar di China). US mendakwa Huawei dan ZTE mengguna teknologi mereka untuk mengintip. Kalau kerajaan pakai produk-produk ini, maka segala rahsia besar akan jatuh ke tangan China. 

Apatah lagi latar belakang Ren Zhengfei yang mencurigakan. Ren pernah berkhidmat dalam unit penyelidikan teknologi ketenteraan China sebelum mengasaskan Huawei pada tahun 1987. Ren juga mempunyai hubungan akrab dengan Jiang Zemin, Pemimpin Tertinggi China dari 1989-2002. Jadi US melihat Huawei sebagai “Trojan Horse”: di luar nampak je jual peralatan dan perisian, tapi secara senyap-senyap mengumpul maklumat dan rahsia bagi pihak China. 

Jadi sekarang Trump duk menyerang teknologi 5G Huawei atas alasan “ancaman keselamatan negara”. Yang berada di barisan hadapan menyekat Huawei ni ialah US, UK, Canada, Australia, New Zealand – negara-negara yang kita panggil sebagai “Five Eyes” (Lima Mata). 

Five Eyes ialah nama kepada kerjasama perisikan antara 5 negara ini. US ada CIA dan FBI, UK ada MI5 dan MI6, Canada asa CSIS, Australia ada ASIO dan ASIS, New Zealand ada SIS. Di bawah kerjasama Five Eyes, badan-badan perisik negara-negara ini akan berkongsi top secret dan merancang operasi pengintipan dan pengawasan (surveillance) secara bersama.

Nama eyes ni sounds very Dajjalic. Geng Teori Konspirasi mesti akan terbayang Freemason. Rileks. Five Eyes ni secara rasmi ialah UKUSA Agreement yang diasaskan pada tahun 1946 antara US dan UK, kemudian disertai oleh Canada pada 1948 dan Australia dan New Zealand pada tahun 1956. Dia panggil “Eyes” sebab atas dokumen-dokumen rahsia ni mereka akan cop “For AUS/CAN/NZ/UK/US Eyes Only”. So terjadinya nama Five Eyes. 

Tapi nak kata Five Eyes ni satu konspirasi pun tak keterlaluan. 5 negara yang berada dalam Five Eyes tak boleh mengintip satu sama lain. Kerjasama sebegini hanya boleh dilakukan di kalangan negara yang mempunyai tahap kepercayaan yang sangat tinggi. 

Kalau diperhatikan, kelima-lima negara ini ialah negara berbudaya Anglo-Saxon. Mereka berbahasa Inggeris. Nenek moyang mereka pun berasal dari UK. US, Canada, Australia, Nee Zealand semua asalnya jajahan Empayar UK. 

Selepas Empayar UK jatuh, US jadi pengganti. Pada masa yang sama, UK masih maintain “special relationship” dengan US. Canada, Australia dan New Zealand sebagai negara Komanwel menjunjung Queen Elizabeth II sebagai ketua negara. Jadi Five Eyes ni terbentuk satu blok kuasa yang tersendiri. US kadang kala bergaduh dengan Perancis, hubungannya dengan Israel tidak selalu harmoni. Tapi Five Eyes ni jarang meragui satu sama lain. 

Di era Perang Dingin, musuh utama Five Eyes ialah negara-negara komunis. Hari ini, Five Eyes bekerjasama untuk menentang ancaman baharu seperti so-called “Islamist threat” dan sekarang, the “Chinese threat”. 

Jadi semua khabar tentang ancaman Huawei ni perlu dilihat menerusi “power struggle” antara Anglo-American hegemony dengan China yang sedang mencabar hegemoni tersebut. US sebenarnya nak menghalang China dari mencapai “technological edge” mengatasinya. Samada China buat pengintipan atau tidak, itu tak penting.

Tapi UK ni ada perangai suka tarik diri last minit. Dia ajak orang untuk masuk Perang War of the Spanish Succession (1701-1714), last-last dia yang tarik diri. Dia janjikan orang Yahudi macam-macam, last-last dia cuci tangan di Palestin. Dia yang beriya-riya nak masuk EU, last-last dia jadi pertama yang tarik diri. Sebab itu UK dapat gelaran “perfidious albion” (treacherous Englishman – orang Inggeris yang bersifat khianat). 

Untuk perang terhadap Huawei kali ini, UK sekali lagi goyang dan meninggalkan rakan sepasukan. Keputusan UK itu mungkin akan mengubah pendirian Canada, Australia dan New Zealand. Terutamanya New Zealand. Ekonominya dah lah bergantung pada China (25% eksport bergantung kepada China), tapi nak juga ikut Five Eyes untuk menyekat Huawei. Jadi sekarang New Zealand tengah mengalami tekanan ekonomi dari China, jumlah pelancong dah merosot. Jadi sekarang PM New Zealand dah u-turn pasal Huawei, kata ada ruang untuk berunding.

Dan mungkin akhirnya hanya tinggal Trump sorang-sorang jadi lone ranger nak lawan Huawei. Negara-negara Eropah seperti Jerman berada dalam dilema samada untuk mengikut telunjuk jari US, atau pun nak pakai teknologi Huawei dari China. Tapi tengok keadaan sekarang, mungkin lebih bijak memilih Huawei. 

Tapi aku ada teori bahawa semua sabotaj terhadap Huawei ni sebenarnya wayang antara Trump dan Xi Jinping. Korang tengok Xi rileks je tak cakap apa-apa pun pasal Huawei. Ada kemungkinan Xi nak meminjam tangan Trump untuk mencantas Huawei yang merupakan kroni kepada Jiang, bekas presiden yang masih mempengaruhi politik China menerusi clan dia iaitu Shanghai Clique. 

Apa-apa pun, isu Huawei 5G ni menunjukkan bahawa teknologi pun tak dapat lari dari geopolitik antara kuasa besar. Apa jua jenis teknologi, dari 5G, digital money, malah FB dan IG yang kita guna, semua sebenarnya mengandungi matlamat tersirat untuk mengawal manusia. 

CIA pun crack iPhone korang. Zuckerberg pun jual data. Kita sebenarnya di bawah perhatian “mata-mata”. Benda-benda macam ini dah lama di-predict oleh novel dystopia seperti Brave New World dan 1984. 

So persoalannya bukan pasal samada kita akan diintip atau tidak. Bukan pasal kita ada privacy atau tidak.

Persoalannya ialah: antara US dan China, kau lebih rela kena spy dengan siapa?



Demikianlah Artikel Huawei: 5 Eyes VS 5G

Sekianlah artikel Huawei: 5 Eyes VS 5G kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: