Judul : Bekas Komando Ini Sesekali Tidak Pernah Menyesal Bantu Adib Walaupun Berkemungkinan Hilang Kerja
link : Bekas Komando Ini Sesekali Tidak Pernah Menyesal Bantu Adib Walaupun Berkemungkinan Hilang Kerja
Bekas Komando Ini Sesekali Tidak Pernah Menyesal Bantu Adib Walaupun Berkemungkinan Hilang Kerja
Rupa-rupanya lelaki berusia 33 tahun yang berasal dari Parit Panjang, Baling, Kedah inilah individu yang sanggup menggadaikan keselamatan dirinya sendiri dengan memecut kenderaan pacuan empat rodanya membawa anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ke Pusat Rawatan Subang Jaya (SJMC) untuk mendapatkan rawatan.
Ia berlaku sewaktu dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.
Kisah keberanian Mohd. Hafizan ‘terbongkar’ apabila beliau adalah di antara saksi yang dipanggil untuk memberi keterangan dalam inkues kematian Muhammad Adib di Mahkamah Koroner Shah Alam baru-baru ini.
” Sejujurnya saya lebih banyak berdiam diri sejak kejadian itu berlaku. Tak ramai yang tahu mengenai ‘penglibatan’ saya dalam kes ini, ini kerana saya ikhlas menolong Allahyarham, saya bukan mencari ‘nama’,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam pertemuan eksklusif dengan Malaysia Gazette di Bandar Sunway, Selangor hari ini.
Pertemuan tadi juga membongkar satu ‘rahsia’ mengenai Mohd. Hafizan.
Rupa-rupanya beliau adalah bekas anggota tentera dari Kor Kesihatan Diraja (KKD) yang berjaya lulus ujian asas komando dan terpilih menyertai pasukan elit Rejimen Gerak Khas (RGK).
Selama hampir 13 tahun Mohd. Hafizan menabur budi sebagai anggota komando sebelum mengambil keputusan berhenti daripada perkhidmatan dengan Angkatan Tentera Malayasia (ATM).
Pangkat terakhir beliau dalam ATM adalah Koperal.
Selepas itu beliau bertugas sebagai pengawal peribadi dengan seorang ahli perniagaan.
Walaupun pelbagai pihak memuji keberanian Mohd. Hafizan dalam insiden menyelamatkan Muhammad Adib dalam insiden tersebut, namun pertemuan petang tadi ‘membongkar’ kisah sedih yang menimpa dirinya selepas kejadian berkenaan.
” Sejujurnya saya telah kehilangan pekerjaan disebabkan insiden tersebut. Yelah, bila peristiwa tu berlaku, saya kenalah bantu pihak berkuasa, pergi bagi ‘statement’, pergi ke mahkamah, sedikit sebanyak terganggulah kerja saya. Majikan pun tak tahan.
” Selepas kejadian itu banyak perkara yang menimpa diri saya. Minta kerja mana-mana pun tak dapat. Namun percayalah, saya tak pernah menyesal sebab saya dah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang manusia. Kalau orang lain di tempat saya pun mereka jua mungkin buat benda yang sama,” katanya perlahan.
Untuk rekod, Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.
Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di IJN.
Prosiding inkues di Mahkamah Koroner Shah Alam di hadapan Koroner Rofiah Mohamad dan Mohd. Hafizan adalah antara saksi utama yang telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Dalam pada itu, ketika diminta mengimbau malam 27 November itu, Mohd. Hafizan berkata, beliau sebenarnya mahu ke Kota Kemuning, Shah Alam kira-kira pukul 1 pagi namun kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya hampir kehabisan petrol.
Oleh kerana itu, katanya, beliau mencari-cari stesen minyak terdekat namun dia tidak begitu mahir dengan kawasan tersebut.
” Saya buka Waze dan ia menunjukkan jalan dekat kuil tersebut. Masa tu saya tengok orang dah ramai di kiri dan kanan jalan. Kemudian saya dah tak boleh nak lalu sebab ramai orang di depan kenderaan saya. Keadaan dah mula riuh. Ketika itulah saya nampak ada sekumpulan orang mengusung seseorang, saya tak tahu ia adalah anggota bomba. Bila saya turunkan tingkap, ada seorang wanita berketurunan India memberitahu saya supaya jangan turun dari kereta nanti kena pukul.
” Perasaan saya kemudian jadi 50-50, patutkah saya turun dari kereta dan membantu lelaki yang diusung itu. Akhirnya saya nekad. Saya tiba-tiba jadi berani. Keberanian tu datang dengan sendiri, mungkin sebab saya pernah melalui latihan keras dalam komando dulu. Walaupun masa tu rasa diri terancam semua, tak mengapalah.
” Saya teruskan juga kerana niat saya nak menolong mangsa (Adib). Kebetulan saya ada belajar kursus asas perubatan dalam tentera dulu. Saya ‘keluarkan’ semua yang saya belajar dulu, saya periksa nadi Adib, periksa keadaan mangsa. Mula-mula saya ingat dia kena pneumotoraks (kegagalan paru-paru), lalu saya ambil keputusan untuk memecut kenderaan saya membawa dia terus ke hospital sambil ditemani seorang pemuda India,” katanya.
Ketika ditanya perasaannya sejak insiden tersebut, Mohd. Hafizan berkata, beliau cukup sedih bila mengenangkan kesudahan nasib Muhammad Adib.
Ujarnya, beliau tidak pernah berhenti berdoa agar anggota bomba itu berjaya pulih daripada kecederaan yang dialaminya namun Allah lebih menyayanginya.
Pun begitu, katanya, pada masa yang sama beliau berharap masyarakat tidak terburu-buru membuat pelbagai spekulasi mengenai insiden berkenaan.
Katanya, beliau yang terlibat secara langsung dalam insiden tersebut pun tidak berani membuat kesimpulan mengenai kes itu.
” Saya harap masyarakat di luar sana jangan buat andaian tentang kes ini, kita ada mahkamah kat Malaysia ini, ada undang-undang. Kita tunggu sahaja keputusan inkues yang tengah berjalan. Jangan buat spekulasi,” tegasnya.
Ketika ditanya mengenai perancangan masa depannya khususnya setelah hilang punca pendapatan berikutan kes tersebut, Mohd. Hafizan berkata, beliau tidak akan sama sekali berserah pada keadaan.
Pun begitu, katanya, beliau bersedia untuk menyumbang bakti kepada mana-mana pihak yang bersedia untuk menawarkan pekerjaan padanya.
” Saya dah menjalankan tugas untuk membantu antara kita sesama manusia seperti mana yang sepatutnya. Betul, ada harga yang perlu ‘dibayar’ atas semua yang terjadi ini, tetapi daripada awal lagi saya tak pernah memikirkan tentang semua itu.
” Kalau ikutkan. saya sampai sekarang taknak masyarakat tahu tentang apa yang saya lakukan, tetapi bila dah dipanggil ke mahkamah dan diminta beri keterangan, saya terpaksa akur. Pengorbanan Muhammad Adib lebih berharga dari segala-galanya berbanding sumbangan kecil saya,” katanya sebak.
SUMBER : Malaysia Gazette
Sumber Bekas Komando Ini Sesekali Tidak Pernah Menyesal Bantu Adib Walaupun Berkemungkinan Hilang Kerja
Demikianlah Artikel Bekas Komando Ini Sesekali Tidak Pernah Menyesal Bantu Adib Walaupun Berkemungkinan Hilang Kerja
Sekianlah artikel Bekas Komando Ini Sesekali Tidak Pernah Menyesal Bantu Adib Walaupun Berkemungkinan Hilang Kerja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.